Maqaalah Santan Berlada. 03
15 Muharram 1440 : Selasa
HUJJAH VS TERRORIST
Oleh : Nasrudin Hassan Tantawi
https://m.facebook.com/ustaztantawi
i- Lain benar sikap YB Dr Mujahid terhadap Dr. Zakir Naik mutaakhir ini. Terdahulu kenyataan beliau bertarikh 12 April 2016 telah mempertikai tindakan Ketua Polis Negara membatalkan ceramah Dr Zakir di Terengganu dan menyaran agar budaya berhujjah disuburkan, bukan sekat dan halau.
ii- Dr Mujahid juga telah ambil sikap adakan pertemuan harmoni antara AJK Eksekutif DAP Dr. P Ramasamy yang didakwa terlibat bersama kumpulan pengganas (LTTE) dengan Dr Asri Zainal Abidin pada 30 Julai 2018 tempohari serta menganggap isu LTTE dan Dr. Zakir selesai seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani.
iii- Namun kelmarin Dr. Mujahid membidas Dr Zakir sebagai tidak sesuai berdakwah di Malaysia kerana dianggap suka mencaci agama lain seperti dilapor oleh Harian Metro (24 Sept 2018) dll. Kenapa Dr. Mujahid tidak ambil pendekatan harmoni dengan Dr. Zakir ? apakah kenyataannya semalam kerana beliau ditekan oleh penentang Dr Zakir ?
Berlaku Tidak Adil Bukan Sifat Taqwa
Sekian.