Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Dr. Mujahid Sangat Tidak Adil

2688
SHARE


Kenyataan Media Penerangan. 1228/99
15 Muharram 1440 | 25 September 2018

DR. MUJAHID SANGAT TIDAK ADIL

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan


1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengecam sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang dilihat sangat tidak adil malah dinilai berniat jahat terhadap pendakwah perbandingan agama terkenal, Dr Zakir Naik.

2. Tidak mustahil kenyataan Dr. Mujahid yang menghina dan menganggap Dr Zakir Naik mencaci agama lain didorong oleh segelintir pihak yang tidak senang dengan tokoh tersebut sebelum ini.

3. Dr. Mujahid harus malu dan melihat kembali kenyatan yang pernah beliau kemukakan pada tahun 2017 terhadap Dr Zakir Naik. Dr. Mujahid pernah menganggap program Dr Zakir Naik adalah program perbahasan ilmiah.

4. Dr. Mujahid sendiri pernah mencabar penganut Hindu yang tidak setuju dengan tokoh itu perlu lawan berbahas dan tidak menggunakan pelbagai alasan untuk menghalang kemasukannya ke Malaysia.

5. Jika Dr. Mujahid tidak bersetuju dengan kaedah pendebatan yang dianjurkan, maka beliau boleh berbincang dari aspek teknikal. Jangan sentuh sensitiviti melampau sehingga menimbulkan persepsi buruk terhadap Dr Zakir Naik.

6. Sikap apologetik Dr. Mujahid sangat naif sehingga membuat tuduhan melulu. Sikap tidak profesional tersebut telah menggambarkan kuasa yang dimiliki olehnya boleh menekan orang lain.

7. Berbeza dengan cara Dr. Mujahid menangani isu LGBT. Beliau boleh menjemput Nisha Ayub ke pejabat, berunding dan mengadakan sidang akhbar bersama sambil menawarkan pelbagai solusi alternatif kepada golongan ini. Namun, apabila timbul isu Dr Zakir Naik, beliau menyerang secara melulu tanpa berunding dengan tokoh tersebut.

8. Demikian juga qbeliau boleh buat pertemuan dengan Dr. P. Ramasamy dalam menangani tuduhan penglibatan Dr. P. Ramasamy dengan pertububan pengganas LTTE.

9. Adakah sebenarnya Dr. Mujahid didorong atau berada dibawah kawalan dan cengkaman pihak tertentu untuk memberi tekanan kepada Dr Zakir Naik?

Islam Memimpin

Sekian.