Home Berita PAS Melaka

Hotline PAS Prihatin dapat sambutan menggalakkan – YDP PAS Tangga Batu

111
SHARE

Oleh IBNATDEEN

TANGGA BATU , 2 Jul : Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin menzahirkan rasa gembira kerana talian hotline yang diwujudkan PAS kawasan ini untuk membantu mereka yang terjejas akibat Covid-19 mendapat sambutan menggalakan.

“Hotline PAS Prihatin telah menerima banyak panggilan bukan sahaja daripada masyarakat setempat sahaja, bahkan ada juga di luar kawasan Tangga Batu.

“Semua permohonan yang diterima melalui talian Hotline PAS Prihatin Tangga Batu akan dihubungkan kepada agensi-agensi yang berkaitan sama ada melalui JAPERUN, pihak masjid dan pertubuhan bukan kerajaan,” ujar beliau kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM).

Beliau turut berharap agar melalui platform ini juga, lebih ramai masyarakat dapat dibantu dengan segera.

Hotline ini adalah salah satu inisiatif PAS Kawasan Tangga Batu dalam memperkasakan usaha Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS kawasan ini bagi sama-sama membantu masyarakat setempat yang terjejas dan memerlukan sepanjang tempoh PKP dilanjutkan kerajaan.