Home Berita PAS Selangor

Laporan harian program kebajikan KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

15
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | Pada tanggal 1 Julai 2021 genap 4 tahun penubuhan KRCAMALSELANGOR. Mereka tidak pernah penat dalam membantu rakyat emapatan yang memerlukan bantuan. Lagi ramai rakyat yang susah, lagi aktif KRCAMALSELANGOR bantu mereka. Itulah aktiviti harian yang dilakukan oleh mereka dengan sangat istiqamah tidak kira hujung minggu atau hari cuti kerana bagi mereka, kegembiraan orang yang menerima bantuan turut sama mereka rasai.

1. Hari mereka dimulakan dengan proses penghantaran sumbangan kepada pemohon-pemohon sumbangan yang terkekang dengan kesukaran pergerakan dan pengangkutan.
Ahli jawatankuasa dan relawan KRCAMALSELANGOR sentiasa bersiap sedia melaksanakan tugasan yang telah disusun atur dengan sebaiknya.

May be an image of 1 person

Salah seorang penerima sumbangan adalah seorang ibu dengan 3 orang anak. Sejak 2 bulan lepas, anak perempuannya yang berusia 21 tahun telah disahkan rosak kedua-dua belah buah pinggang dan akan melalui proses dialisis. Sementara sang ayah pula telah menghilangkan diri dan membiarkan ibu ini berseorangan melalui kesukaran kehidupan.

2. KRCAMALSELANGOR menyediakan 10 pek kecemasan lockdown untuk pemohon-pemohon kariah Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya. Penyerahan dilakukan oleh ajk KRCAMALSELANGOR, Tn Hj Abdul Rahman Sadikin kepada Tn Haji Awang Bakar selaku ajk Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya.

3. Seterusnya, program sumbangan sayur segar organik dari KebunAmal KRCAMALSELANGOR serta 100 pek makanan siap bermasak DapurAmal KRCAMALSELANGOR yang berprogram di DUN Selat Klang Parlimen Kapar. Program yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh masyarakat DUN Selat Klang setiap hari Khamis kerana kehadiran Ikon Kebajikan Dr Hjh Halimah Ali, Mantan ADUN Selat Klang.

May be an image of 2 people

4. Penyerahan Pek Sumbangan kepada Tuan Hud Abdul Hamid selakuTimbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor untuk diedarkan kepada para Asnaf di kawasan Damansara

5. Penyerahan pek kecemasan lockdown kepada relawan KRCAMALSELANGOR, Pn Sofea untuk dihantar Kepong, Kuala Lumpur. Sedikit makluman tambahan mengenai program kebajikan yang dijalankan oleh mereka, program kebajikan melalui KRCAMALSELANGOR berjalan 365 hari atau setahun sejak PKP Mac 2020.

May be an image of 2 people

Jom Bantu KRCAMALSELANGOR merealisasikan program kemasyarakatan PAS dan membudayakan budaya infaq dan berkasih sayang. Talian Khidmat Masyarakat, WhatsApp ke:
019 3077005 (Ust Jasni) / 011 5309 2056 (Ust Yusof)

“Tak Perlu Angkat Bendera Putih, Angkat Telefon Hubungi Kami”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor