Home Berita PAS Selangor

Muslimat PAS turun edar Bakul PRIHATIN Covid-19 – Muslimat PAS Dun Gombak Setia

28
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Muslimat PAS Dun Gombak Setia dengan slogan, “kami tak tunggu rakyat kibarkan bendera untuk minta bantuan, kami turun padang cari mereka yang perlukan bantuan”, teruskan lagi aktivit kebajikan mereka dengan turun menyampaikan Bakul PRIHATIN Covid-19 kepada penduduk tempatan yang memerlukan bantuan.

Terima kasih diucapkan kepada wakil- wakil dan AJK Muslimat PAS cawangan DUN Gombak Setia kerana telah mengedarkan Bakul PRIHATIN Covid-19 tajaan Wanita Perikatan Nasional kepada beberapa keluarga yang terjejas akibat pandemik yang melanda negara kita dengan teruk.

Penerima-penerima yang terdiri dari cawangan Gombak Setia, sekitar Taman Seri Gombak, Batu 9, Pinggiran Baru Caves dan Gombak Selatan ini telah memberikan respon yang cukup baik sepanjang proses ziarah berlangsung.

Semoga sumbangan kecil daripada Perikatan Nasional ini dapat meringankan bebanan dan kesulitan yang dihadapi oleh mereka. Jom sama-sama turut serta bersama mereka membantu dengan menyalurkan bantuan buat mereka yang memerlukan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor