Home Berita PAS Kelantan

‘Hotline’ DUN Chempaka selalu sedia membantu

432
SHARE
Oleh NORZANA RAZALY
KOTA BHARU, 29 Jun: Nombor ‘Hotline’ Pejabat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka sentiasa dan selalu bersedia menerima panggilan untuk membantu rakyat setempat yang memerlukan bantuan akibat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmood menulis hantaran di Facebooknya bertajuk “Tak Perlu Angkat Bendera Putih, Hubungi Hotline Kami” bertujuan mengingatkan semua rakyat DUN berkenaan yang memerlukan bantuan segera, boleh terus menghubungi hotline sebagaimana poster tertera.
“Insya Allah bantuan segera akan sampai. Jangan segan dan malu untuk menghubungi kami. Tanggungjawab kami membantu anda.
Alhamdulillah, setakat hari ini bantuan dan bekalan kami dalam membantu rakyat tidak pernah putus dan berjalan seperti biasa”, tulisnya.
Beliau mengulas lanjut, tidak salah untuk mengajak masyarakat saling membantu tetapi jangan ada agenda di sebaliknya yang menggambarkan sesuatu yang tidak baik kepada pihak kerajaan.
“Sehingga hari ini bantuan daripada Kerajaan Negeri terus turun kepada rakyat, cuma perlu ada hubungan secara langsung di antara rakyat dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat”, katanya ketika dihubungi.