Home Berita PAS Kelantan

Ahli Parlimen Tumpat, ADUN ziarah keluarga Johan Qariah Antarabangsa

248
SHARE
Oleh SUHAIZI KADIR
TUMPAT, 29 Jun: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II yang juga Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato’ Haji Che Abdullah Mat Nawi meluangkan masa berkunjung dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Hajah Sapinah Mamat, di kediamannya belakang Balai Polis Pengkalan Kubor, Sabtu lalu.
Allahyarhamah Sapinah yang meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) pada 19 Jun lalu adalah mantan johan qariah tilawah Al-Quran peringkat Malaysia pada tahun 1980, 1981 dan 1987 serta johan qariah peringkat antarabangsa pada tahun 1981.
Sumbangan Allahyarhamah dalam ilmu taranum al-Quran sangat banyak dan bacaannya dirakam melalui video serta MP3 yang berada di pasaran dan di saluran You Tube.
Turut mengiringi ziarah tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat dan ADUN Wakaf Bharu, YB Mohd Rosli Abdullah.