Puasa terapi kesihatan, cegah penyakit

KOTA BHARU, 10 April: Pegawai Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr Muhammad Najmi Ahmad berkongsi pandangan tentang ibadah puasa yang dapat memberi peluang kepada sistem pencernaan badan manusia untuk berhenti seketika pada waktu siang kerana dalam tempoh tersebut, tiada tambahan makanan atau minuman baharu yang diterima. Berbeza keadaan apabila tidak berpuasa, sistem pencernaan tubuh seseorang akan bekerja tanpa...

Laman Warisan Kampung Laut siap, terima kasih ECERDC – Menteri Besar

KOTA BHARU, 10 April: Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berterima kasih dan memuji pihak East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) atas kejayaan menyiapkan projek Laman Warisan Kampung Laut mengikut jadual merangkumi kerja-kerja pemindahan Masjid Kampung Laut dari Nilam Puri kembali ke lokasi asal. “Projek seterusnya yang dinantikan ialah permulaan pembinaan Jambatan Palekbang...

ADUN Kelaboran sampaikan sumbangan Tabung Serambi Mekah kepada mangsa kebakaran

TUMPAT, 10 April: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan segera hadir menyampaikan sumbangan Tabung Serambi Mekah kepada enam keluarga mangsa kebakaran di Kampung Dalam Rhu, petang semalam. Kejadian kebakaran yang berlaku pada petang itu membabitkan lima buah rumah kediaman dan sebuah inap desa. Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Imam Tua Masjid Ismaili Bandar Tumpat mewakili...

Patit Toyo ‘Si Gedik’ kini di Primula

KUALA TERENGGANU - Patit Toyo sejenis kuih yang boleh dikatakan 'rare' atau jarang dijumpai, kini boleh dinikmati di Primula Beach Hotel sepanjang bulan Ramadan kali ini. Tekstur kuih yang ‘gedik’  dan lembut diperbuat daripada sagu, gula dan dimakan dengan tahi minyak memberikan rasa nikmat bagi penggemarnya dan satu pengalaman baru kepada mereka yang baru mencuba buat kali pertama. Pengurusnya, Suaibah Harun...

Kes keracunan kerana Puding Buih sedang disiasat – JKNT

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sedang menyiasat kes dua beradik yang mengalami cirit birit dan muntah selepas dipercayai memakan puding buih dibeli di bazar Ramadan Rabu lalu. Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya akan menjalankan ujian makmal terhadap sampel puding buih yang dimakan oleh dua kanak-kanak (lelaki dan perempuan). Katanya, sampel itu akan dihantar ke...

Kilang tepung ubi Vitato terbiar bakal pulih

BESUT- Kerajaan negeri berhasrat memulihkan kembali kilang Tepung Ubi Vitato yang terbiar sejak tahun 2012. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pelan pemulihan yang lebih teliti akan digerakkan dengan menyemak faktor-faktor kegagalan. "Kos pembinaannya adalah RM4.8 juta merupakan jumlah yang sangat besar dan sayang apabila ia terbiar begitu sahaja tanpa dimanfaatkan, oleh...

Bubur lambuk BPPNT, sekali makan nak lagi !

KUALA TERENGGANU – Bubur Lambuk Badan Perhubungan PAS Terengganu (BPPNT) menu istimewa sangat enak pada setiap Ramadan dan sesiapa merasainya sekali, pasti nak makan lagi. Pengerusi Kelab Kebajikan Kakitangan Pejabat PAS Terengganu (KEBAP), Ustaz Zakaria Dagang berkata, juadah untuk berbuka puasa itu menjadi pilihan wajib, diberikan secara percuma kepada orang ramai di sekitar pejabat PAS negeri. “Setiap dua kali seminggu pada Isnin...

PAS Ladang sasar Kompleks RM1.5 Juta siap dalam tempoh setahun

KUALA TERENGGANU – PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang menyasarkan pembinaan Kompleks dengan anggaran kos RM1.5 juta akan siap dalam tempoh setahun. Pengerusi Majlis Tindakan DUN tersebut Ustaz Ahmad Kamal Ali berkata, sehingga kini sejumlah RM100,000, hasil sumbangan orang ramai telah berjaya dihimpun. “bangunan ini di lantai bawah kita akan buat pejabat dan di bahagian atas akan dibuat dewn dan bilik...

Ramadan merakamkan peristiwa Nuzul Al-Quran

Minda Presiden PAS RAMADAN MERAKAMKAN PERISTIWA NUZUL AL-QURAN Firman Allah SWT: ﴿شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ…١٨٥﴾ “(Masa yang diwajibkan kalian berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dengan yang batil…” (Surah al-Baqarah: 185) Allah SWT memilih berlakunya peristiwa...

MB Kedah turun berbuka puasa bersama rakyat

KUALA KEDAH - Mencatat sejarah baharu bagi penduduk di Kuala Kedah apabila Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor hadir berbuka puasa bersama rakyat dalam Program Semarak Kasih Ramadan di Markaz PAS Kubang Rotan, baru-baru ini. Majlis yang dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pesuruhjaya, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi telah dimeriahkan dengan kehadiran seramai lebih 400...