Pemuda PN Perlis anjur majlis berbuka puasa

KANGAR, 18 Apr:  Pemuda Perikatan Nasional (PN) Negeri Perlis menganjurkan majlis berbuka puasa bertempat di Restoran Nyiru Klasik Ikan Bakar Kuala Perlis semalam.

PAS Papar ziarah asnaf sakit

Oleh: Natasya Samsure PAPAR: Lajnah Kebajikan Muslimat Kawasan Papar telah turun padang menziarahi seorang asnaf yang sakit kanser rahim di Taman Kinarut Ria pada petang kelmarin. Hadir dalam ziarah kali ini ialah Rosdiana Rala selaku Ketua Kebajikan Muslimat PAS Kawasan Papar. Sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan telah diberikan kepada Puan Rosmawati yang akan menjalani kimoterapi di Hospital Likas tidak lama...

Ziarah Kasih Ramadan PAS Papar santuni asnaf

  Oleh: Natasya Samsure Papar: PAS Kawasan Papar telah mengadakan Program Ziarah Kasih Ramadan bertempat di Kampung Gana Kinarut, pada pagi kelmarin. Ziarah ini mensasarkan sekitar 50 orang asnaf di sekitar Kampung Gana Kinarut. Hadir dalam ziarah kali ini, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Papar, Haji Azmi Muhd Dalin dan beberapa AJK Pemuda dan Muslimat PAS kawasan Papar yang lain. Program ini dimulai dengan...

Dr Yadzil sumbang sejadah peserta program ‘Sujudku’ anjuran PPHWM

Oleh IBNU JANIE AYER KEROH, 18 Apr: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr. Mohd.Yadzil Yaakub telah menyumbangkan sejadah sebagai cenderahati kepada peserta program 'Sujudku' anjuran Pertubuhan Prihatin Harmoni Wanita Melaka (PPHWM). Dr Yadzil yang dijemput sebagai tetamu kehormat telah menyampaikan cenderahati tersebut dalam program itu yang berlangsung di Masjid Jamek Ayer Barok, Jasin, pada 15 April lepas. Menurut satu kenyataan yang...

Ziarah Semarak Kasih Ramadan PAS Padang Terap santuni 50 penduduk kampung.

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN PADANG TERAP - Seramai 50 orang penduduk disantuni Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah (BPPNK) sempena Program Semarak Kasih Ramadhan peringkat PAS Negeri Kedah bersama PAS Kawasan Padang Terap, baru-baru ini. Aktiviti ziarah itu melibatkan tujuh buah kampung di sekitar Naka. Program Semarak Kasih Ramadhan berakhir dengan majlis tahlil dan berbuka puasa serta solat maghrib di Masjid Al Mubarak...

MB Kedah lawat mangsa kebakaran

SIK - Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor melawat rumah mangsa kebakaran di Kampung Lubok Besar, Sik malam semalam. Mangsa, Mohammad Masri Mat Isa dan sekeluarga, hidup sehelai sepinggang selepas rumahnya hangus dalam kejadian kebakaran pada Rabu lalu. YAB Menteri Besar Kedah yang juga ADUN Jeneri menyampaikan Sumbangan RM 3,000 dan bakul makanan kepada Mohammad Masri.

Kakitangan Majlis Daerah Sik terima buah tangan dari ADUN Jeneri

SIK - Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, ADUN Jeneri, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah menyediakan buah kurma ajwa untuk diagihkan kepada penduduk sekitar DUN Jeneri dan kakitangan Jabatan-jabatan Kerajaan di Daerah Sik. Pegawai Khas (Kawasan) Kepada YAB Menteri Besar, Haji Badrul Hisham bin Abdul Rahman menyampaikan buah tangan berupa buah kurma ajwa kepada...

60 khidmat sukarela Alor Setar terima sumbangan PAS Kawasan

ALOR SETAR – Seramai 60 orang khidmat sukarela terdiri daripada Guru al-Quran, Bidan Kampung, Bomoh Patah dan Pengurus Jenazah diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan. Sumbangan yang merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri itu diberikan bagi mengenang jasa dan budi golongan yang menabur bakti kepada rakyat Kedah. Turut hadir, Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Setar, YB Senator Dato’ Ustaz Ahmad...

Isu jalan berlopak di Pekan Tikam Batu selesai

SUNGAI PETANI – Masalah jalan berlopak yang meresahkan pengguna jalan Pekan Tikam Batu akhirnya selesai selepas perkara itu mendapat perhatian ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim. Selepas menerima aduan daripada penduduk berhubung masalah berkenaan PKWR Pantai Merdeka bertindak menguruskan kerja penyelenggaraan jalan itu.

Warga emas perlu ambil dos penggalak sebelum hari raya

KUALA TERENGGANU- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan rakyat Malaysia terutama warga emas supaya mendapatkan suntikan penggalak vaksin sebelum hari raya Aidilfitri. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, saranan itu berikutan kebimbangan peningkatan jangkitan Covid-19 selepas hari raya "Untuk hari raya, kerajaan sudah memberi jaminan kepada keluarga Malaysia yang mereka boleh balik kampung. KKM juga puas hati dengan trend jangkitan tidak mengundang risiko besar....