Home Berita PAS Sabah

Ziarah Kasih Ramadan PAS Papar santuni asnaf

53
SHARE

 

Oleh: Natasya Samsure

Papar: PAS Kawasan Papar telah mengadakan Program Ziarah Kasih Ramadan bertempat di Kampung Gana Kinarut, pada pagi kelmarin.

Ziarah ini mensasarkan sekitar 50 orang asnaf di sekitar Kampung Gana Kinarut.

Hadir dalam ziarah kali ini, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Papar, Haji Azmi Muhd Dalin dan beberapa AJK Pemuda dan Muslimat PAS kawasan Papar yang lain.

Program ini dimulai dengan penyerahan bantuan dan disusuli dengan Kuliah Duha Ramadan yang telah disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Aling.

Sebanyak 37 bakul makanan dan kurma telah diedarkan kepada asnaf yang memerlukan. Selain itu ,turut diagihkan ,39 set telekung dewasa serta 40 buah buku doa untuk muslimin.

“Semoga dengan sedikit sebanyak bantuan yang disampaikan,dapat meringankan beban mereka yang memerlukan,” ujar Haji Azmi.

“PAS Papar mendoakan semoga Ramadan pada tahun ini lebih bermakna kepada semua umat Islam,” tambahnya.