Home Berita PAS Kedah

MB Kedah lawat mangsa kebakaran

85
SHARE

SIK – Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor melawat rumah mangsa kebakaran di Kampung Lubok Besar, Sik malam semalam.

Mangsa, Mohammad Masri Mat Isa dan sekeluarga, hidup sehelai sepinggang selepas rumahnya hangus dalam kejadian kebakaran pada Rabu lalu.

YAB Menteri Besar Kedah yang juga ADUN Jeneri menyampaikan Sumbangan RM 3,000 dan bakul makanan kepada Mohammad Masri.