Home Berita PAS Perlis

Pemuda PN Perlis anjur majlis berbuka puasa

267
SHARE

Oleh NUR ‘IFFAH

KANGAR, 18 Apr:  Pemuda Perikatan Nasional (PN) Negeri Perlis menganjurkan majlis berbuka puasa bertempat di Restoran Nyiru Klasik Ikan Bakar Kuala Perlis semalam.

Tinjauan di lokasi program mendapati lebih 50 orang hadir ke majlis tersebut.

Mereka terdiri daripada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs), ARMADA Negeri Perlis, Ameerah Negeri Perlis dan Srikandi Bersatu Negeri Perlis.

Ketua Pemuda PN Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil yang ditemui berkata, penganjuran majlis bersama seperti ini menjadi bukti hubungan erat antara kepimpinan pemuda PN negeri ini.

“Selain berpeluang berbuka bersama, program seperti ini mampu mengukuhkan lagi hubungan serta persefahaman antara kepimpinan Pemuda PN Perlis dalam usaha memperkemaskan lagi organisasi ke arah menghadapi PRU-15 nanti,” katanya.