Ahli Parlimen Jerai beri perhatian kes ketagihan dadah

Oleh AMAL NABILA SUNGAI PETANI – Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Sabri Azit mengadakan lawatan kerja ke penjara Sungai Petani, semalam. Kehadiran Ustaz Sabri disambut baik oleh Pengarah Penolong Komersional Penjara, Nazri Mohamad dan Timbalan Pengarah Penguasa Penjara, Nor Hazran Che Abd Lah. Perjumpaan lebih dua jam berkenaan membincangkan beberapa perkara berkaitan isu banduan; kes jenayah dan pelbagai lagi. Katanya, Penjara Sungai Petani...

Sekelip mata hilang tempat tinggal

PADANG SERAI – Sebuah keluarga di Kampung Padang Kulim menerima dugaan berat apabila mendapat perkhabaran bahawa rumah yang dihuni selama ini musnah lebih 80 peratus akibat kebakaran, Sabtu lalu. Mangsa, Ishak Samsudin, 43 tahun berkata ketika kejadian pada pukul 2.35 pagi itu, beliau menerima panggilan daripada jirannya dan terus bergegas pulang untuk menyelamatkan barang-barang berharga, pakaian dan peralatan rumah. Katanya, sejurus...

Timbalan menteri, MB hadiri Rumah Terbuka Aidilfiri PAS Perlis

KANGAR, 24 Mei: Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Perlis yang diadakan semalam menyaksikan kehadiran beberapa pemimpin utama kerajaan serta parti-parti politik.

Rawat penagih : Kerajaan Malaysia mahu ikut Terengganu

MARANG - Perkampungan Darul Barakah yang diwujudkan oleh kerajaan Terengganu bagi memulihkan penagih dadah bakal menjadi perintis untuk dicontohi negeri lain dalam membendung permasalahan tersebut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, perkara itu akan dibawa kepada pihak Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainuddin bagi memastikan ia dapat diwujudkan di tempat lain dengan...

Nelayan warga emas hilang seminggu lalu ditemui

KUALA TERENGGANU – Seorang nelayan tempatan warga emas yang hilang di perairan Chendering pada 16 Mei lalu ditemui hari ini. Mangsa T Razali Wok, 74, dipercayai terjatuh laut dan hilang dalam lingkungan kira-kira empat batu nautika daripada Kuala Chendering ketika bot memasuki pengkalan Chendering sekitar jam 5.30 pagi. Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata pihak beliau...

‘Jangan Manipulasi Harga Ayam’

KUALA TERENGGANU - Kerajaan pusat memberi peringatan tegas kepada semua pemain industri penternakan ayam agar tidak memanipulasi isu harga ayam di pasaran hingga membebankan pengguna. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) 2, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri dan bertolak ansur terhadap mereka yang cuba mengambil kesempatan terhadap keperluan makanan asas  dalam  negara itu. "Bekalan ayam dalam negara asalnya mencukupi jadi bila...

Terengganu larang papan iklan papar wanita seksi

KEMAMAN - Kerajaan negeri sentiasa berusaha bagi memastikan apa jua aktiviti yang dijalankan di negeri ini mematuhi syariat Islam termasuk papan-papan iklan tidak dibenarkan mempamerkan wanita seksi atau tidak menutup aurat. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat berkata, apa jua papan iklan daripada mana-mana pihak bertujuan untuk mengiklankan produk, perkhidmatan dan sebagainya perlu mendapat kelulusan daripada Pihak...

6000 Kunjungi rumah terbuka PN Hulu

Oleh : Ahmad Faizuddin Ismail HULU TERENGGANU – Seramai 6,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum, menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perikatan Nasional (PN) Hulu Terengganu semalam. Pengerusi PN Hulu Terengganu, Dato’ Rosol Wahid bersyukur kerana majlis jamuan makan itu disambut dengan meriah dan nenjadi wadah penyatuan rakyat. “Dengan mengambil semangat Keluarga Malaysia kita berjaya berkumpul, duduk di bawah satu bumbung...

Sambutan hari raya PASTI Tanjung Piai meriah

Oleh: Azizah Aziz TANJUNG PIAI, 23 Mei - PASTI Kawasan Tanjung Piai telah menganjurkan sambutan hari raya untuk meraikan anak-anak dan alumni PASTI, pelajar Tahfiz, penduduk sekitar dan ahli PAS Tanjung Piai di sini, kelmarin. Program yang dilaksanakan di Pusat Tarbiah PAS Kawasan Tanjung Piai, Kampung Maju Jaya Pekan Nanas dimeriahkan dengan persembahan pantun raya daripada pelajar PASTI dan qasidah serta...

Jemput hadir beramai-ramai!

KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mempersilakan semua rakyat hadir beramai-ramai ke majlis Rumah terbuka sempena Aidilfitri yang akan diadakan pada Khamis 26hb Mei. Pengarah program YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, persiapan Majlis tersebut yang akan berlangsung di Dataran Khairunnisa’, berjalan lancar. “Persiapan berjalan dengan baik. Kami bukan sahaja menyusun tapak tetapi juga menyusun pengisian yang sesuai...