Kepentingan didikan agama Islam terhadap anak-anak
Oleh : Nur Marlyannah Umar 14 Ogos 2022 LAHAD DATU : Anak-anak perlu mempunyai asas kefahaman Islam yang kukuh supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang boleh memesongkan akidah mereka. Menurut Ahli Majlis Daerah Lahad Datu, Nizam Latuah, didikan Islam amat penting terhadap anak-anak terutamanya dalam mendepani zaman yang penuh dengan cabaran pada masa kini. “Oleh itu, marilah kita berusaha sehabis baik...
Pasir Gudang juara bola sepak PASTI Johor
Oleh NAZIRUL MUNIR Kluang, 15 Ogos : PASTI Al-Kauthar Pasir Gudang menjadi juara bola sepak setelah menewaskan PASTI Iskandar Puteri 2-1 dalam perlawanan akhir bola sepak Kejohanan Sukan Bola Sepak Bola Jaring PASTI Negeri Johor 2022 yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussien Onn, di sini, 13 Ogos lalu. Dalam perlawanan selama 14 minit itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling membalas...
Satiful, Alias Bergelar Dato’
KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato' kepada dua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Satiful Bahri Mamat dan Dr Alias Razak. Kedua-dua Exco Kerajaan Negeri itu merupakan antara 91 penerima Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu 2022 sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Hari Keputeraan Baginda. Pengurniaan disempurnakan dalam Istiadat Pengurniaan Bintang-bintang Darjah Kebesaran...
Terengganu miliki unsur nadir bumi bukan radioaktif
KUALA TERENGGANU - Berdasarkan kajian di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dari 2016 sehingga 2020 lalu, Malaysia dianggarkan memiliki 15.2 juta tan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) yang telah dikenalpasti terdapat di Terengganu. Selain negeri ini, ia juga dikenalpasti terdapat di sekitar kawasan pedalaman Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka. Pembangunan NR-REE di Malaysia ini akan menjadi peluang...
Perumahan mampu milik RM300 juta di Kuala Nerus
KUALA LUMPUR - Anak syarikat milik penuh KPower Bhd, KPower Development Sdn Bhd (KDSB) mendapat kelulusan untuk melaksanakan pembangunan perumahan bercampur pada harga mampu milik bernilai RM300 juta di tanah milik kerajaan Terengganu di pusat pentadbirannya yang baharu di Kuala Nerus. Kelulusan itu diberikan oleh kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Negeri (Bahagian Perumahan). Projek yang terletak di Lot 100677 yang merangkumi...
27 Seats may fall into PH’s Hands’
At least 27 seats are in danger of falling into Pakatan Harapan’s hands if Pas and Umno continue to battle each other for seats in the upcoming 15th General Election (GE15). PAS central committee member Dr Mohd Zuhdi Marsuki believed that working together under Muafakat Nasional (MN) could prove to be the difference in preventing PH from winning GE15. He said...
Kelab Memanah Abu Talhah Al Ansari merintis usaha menghidupkan sunnah memanah
Oleh: Aisya Azzahra 14 Ogos, Tebrau : PAS Cawangan Kampung Kangkar Tebrau telah merasmikan penubuhan Kelab Memanah Abu Talhah Al Ansari dan menganjurkan Program Pengenalan Asas Memanah Tradisional, semalam di Padang Taman Bukit Mutiara dalam suasana yang meriah. Inisiatif PAS Cawangan melalui Kelab Memanah Abu Talhah Al Ansari tersebut dalam usaha menyuburkan kembali sukan sunnah memanah dalam kalangan masyarakat. Program dengan kerjasama...
Munajat Akifi program muslimat yang konsisten diadakan
Oleh RUHAIZAH AHMAD BAKRI, 14 Ogos : Program Munajat Akifi anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Johor terus konsisten diadakan setiap minggu. Ia merupakan program kerohanian yang diadakan secara bersemuka bagi kawasan yang berdekatan atau pun melalui dalam talian bagi yang jauh. Program kali ini diadakan di Markaz PAS Kawasan Bakri, Kampung Jeram dekat sini, kelmarin. Dewan Muslimat PAS Bakri diamanahkan untuk mengetuai program...
Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Titiwangsa : Platform bermuhasabah
Oleh : DHIYA NADI JALAN RAJA LAUT, 25 Julai : Lebih 100 orang perwakilan hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Titiwangsa kali ke-37 di EDC Hotel Kuala Lumpur, semalam. Ucapan pembukaan dimulakan oleh Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Titiwangsa, Ustaz Mohd Suhaimi Abdul Aziz. YDP menegaskan lima teras yang perlu dititik beratkan sebagai paksi pergerakan perjuangan PAS Titiwangsa. Lima teras...
Temasya Sukan SMITI Kebangsaan: SMITI Sabah lakar kejayaan membanggakan
Oleh: Aizal Samsaruddin 14 Ogos 2022 SANDAKAN: Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Al-Hafidz, Sabah telah berjaya merangkul pingat perak bagi acara memanah dan pingat gangsa bagi acara badminton beregu dan berseorangan lelaki dalam Temasya Sukan SMITI Kebangsaan 2022. Temasya kali pertama yang dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir. Muhtar Suhaili, telah berlansung di Maktab Rendah Sains Mara...