Home Berita PAS Sabah

Temasya Sukan SMITI Kebangsaan: SMITI Sabah lakar kejayaan membanggakan

208
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
14 Ogos 2022

SANDAKAN: Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Al-Hafidz, Sabah telah berjaya merangkul pingat perak bagi acara memanah dan pingat gangsa bagi acara badminton beregu dan berseorangan lelaki dalam Temasya Sukan SMITI Kebangsaan 2022.

Temasya kali pertama yang dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir. Muhtar Suhaili, telah berlansung di Maktab Rendah Sains Mara Baling, Kedah, baru-baru ini.

SMITI Sabah telah menghantar 9 orang atlet untuk mengambil bahagian dalam acara memanah dan badminton yang mana kedua-duanya dalam kategori perseorangan dan berkumpulan.

Ketua Kontinjen SMITI Sabah, Amiruddin Rosdi menzahirkan ucapan tahniah kepada semua atlet kontinjen yang telah menumpahkan seluruh kudrat dan komitmen dalam meraih kejayaan.

“Terima kasih kepada para guru dan ibubapa yang sentiasa menzahirkan sokongan dan dukungan dari segenap segi kewangan, semangat dan doa,” kata Amiruddin

“Semoga usaha dan perjuangan kita memperoleh reda dan pahala daripada Allah SWT,” Tambah Amiruddin.

Sebelum itu, kehadiran kontinjen SMITI Sabah turut menjadi perhatian hadirin sehinggakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS Pusat,Tuan Guru Dato’ Ust Taib Azmuddin menjadikan separuh dari pengisiannya dalam ijtima’ Tarbawi SMITI Malaysia dengan bercerita pengalaman beliau dalam membantu Almarhum Tun Mustafa mengembangkan islam di Sabah.

Turut bersama dalam kontinjen SMITI Sabah ialah Pengerusi SMITI Negeri Sabah, Mohd Tarmizi Yahya serta guru-guru pengiring SMITI Sabah.