160 beliawanis dan surirumah Kuala Krai mendapat Kit Dapur Hijau
DABONG, 16 Ogos: Program Dapur Hijau merupakan program tahunan kerajaan negeri yang dianjurkan oleh Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd (KBCSB) dengan kerjasama teknikal daripada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan (JPNK). Manakala pemantauan program ini akan dilakukan oleh para penghulu wanita di peringkat Parlimen dan DUN seluruh negeri Kelantan. Semalam telah diadakan taklimat dan pengagihan 160 Kit Dapur hijau dan...
Pendidikan sebagai keutamaan dalam membangunkan masyarakat berilmu – MB
MESIR, 16 Ogos: Antara agenda utama Kerajaan Negeri ialah memberi kefahaman berkaitan dasar pentadbiran negeri yang Membangun Bersama Islam kepada anak-anak Kelantan di Timur Tengah. Tambahan pula, Kerajaan Negeri telah menjadikan agenda pendidikan sebagai keutamaan bagi membangunkan sebuah masyarakat berilmu yang mampu membangun diri dan menggerakkan aktiviti harian selari dengan panduan yang telah diturunkan oleh Allah SWT. Ketika...
Belia perlu dibekalkan ilmu, kemahiran – Exco Belia
KOTA BHARU, 16 Ogos: Mendepani cabaran dunia pada hari ini, golongan belia perlu dibekalkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran hidup demi kepentingan masa depan. Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Pensijilan Kulinari 1.0 di Hotel H Elite, semalam. Katanya, jika kita ketinggalan...
MB rasmi Wisma Dato’ Bentara Setia, Syubra
KAHERAH, 15 Ogos: Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob merasmikan pembukaan wisma baharu milik Kerajaan Kelantan di Syubra Kaherah, hari ini. Wisma tersebut disediakan bagi mempermudahkan segala urusan penginapan, pembelajaran Al-Quran khasnya berkait dengan hafazan dan qira’at bagi pelajar Kelantan di sana. Kerajaan Negeri telah memasyhurkan wisma itu dengan nama Wisma Dato’ Bentara Setia...
Pelbagai aktiviti menarik pada Hari Keluarga Crew Kota Lama 2022
KOTA BHARU, 15 Ogos: Pelbagai aktiviti menarik antaranya penyampaian manfaat armalah , penyampaian dividen peserta ladang rakyat , cabutan bertuah , persembahan dikir barat, acara olahraga dan sukaneka khususnya kepada rakyat sekitar pada Hari Keluarga yang berlangsung di sini, semalam. Program ini berjaya menghimpunkan semua jentera dalam satu program yang dinamakan "Hari Keluarga Crew Kota Lama", yang telah...
Peristiwa hijrah mewajibkan umat Islam berpolitik
Minda Presiden PAS PERISTIWA HIJRAH MEWAJIBKAN UMAT ISLAM BERPOLITIK Firman Allah SWT: ﴿۞إِنَّ ٱللَّهَ يُدَٰفِعُ عَنِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٖ كَفُورٍ٣٨ أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَٰتَلُونَ بِأَنَّهُمۡ ظُلِمُواْۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ نَصۡرِهِمۡ لَقَدِيرٌ٣٩ ٱلَّذِينَ أُخۡرِجُواْ مِن دِيَٰرِهِم بِغَيۡرِ حَقٍّ إِلَّآ أَن يَقُولُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُۗ وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ...
Pelajar PASTI kibar Jalur Gemilang bangkitkan semangat patriotik
Oleh : Nur Syarifah Ariffin 18 Ogos 2022 TAWAU : Pelajar PASTI Nurul Najah II, Taman Megah Jaya bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang di sini semalam bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan Malaysia kali ke- 65. Menurut Ketua Guru PASTI itu, Cikgu Samsiah Sanuddin, ini merupakan satu usaha untuk membangkitkan semangat patriotik di samping mendedahkan sejarah kemerdekaan dan bendera Malaysia kepada pelajar bagi...
Lensa WARM : Lautan manusia di Himpunan 5K Jentera PRU PAS Melaka
Oleh IBNU JANIE Foto HANIFF ABDUL RAHIM KOTA MELAKA, 18 Ogos : Lautan manusia yang terdiri daripada ahli dan penyokong PAS Melaka telah memenuhi perkarangan Pejabat PAS Semabok, dalam program 'Himpunan 5K Jentera Pilihan Raya PAS Melaka' yang berlangsung, di sini, malam tadi. Program tersebut telah disempurnakan pelancarannya oleh Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Berikut adalah foto-foto menarik...
Zizan, UAI bakal ‘Gegarkan’ Kuala Terengganu esok
KUALA TERENGGANU - Gandingan mantap antara Zizan Razak dan Ustaz Azhar Idrus (UAI) bakal memeriahkan pembukaan karnival Penghayatan Islam TDM Berhad malam esok. Pengarah program, Abdul Rahman Che Mat berkata program selama tiga hari itu bertujuan untuk memberikan kesedaran islam khususnya anak-anak muda di kawasan Kuala Terengganu. Katanya, karnival tersebut bakal berlangsung bermula 18 hingga 20 Ogos 2022 bertempat di dataran Khairunnisa’,...
Residensi Bayas pelopor penggunaan IBS
KUALA TERENGGANU - Projek Perumahan Residensi Bayas menjadi pelopor di negeri ini yang menggunakan sistem pembinaan IBS Mega Wall (penggunaan besi H-Frame sebagai tetulang dinding konkrit). Pengurus Besar P-Excell Management Sdn. Bhd., (PEMSB) Mohd Anuar Abdullah berkata, kaedah yang dibangunkan 'Mega Bulding System' itu amat menjimatkan masa, mampu mengurangkan kos dan kebergantungan kepada tenaga buruh berbanding pembinaan kaedah konvesional. “Bagi fasa pertama projek perumahan ini,...