Home Berita PAS Sabah

Pelajar PASTI kibar Jalur Gemilang bangkitkan semangat patriotik

131
SHARE

Oleh : Nur Syarifah Ariffin
18 Ogos 2022

TAWAU : Pelajar PASTI Nurul Najah II, Taman Megah Jaya bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang di sini semalam bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan Malaysia kali ke- 65.

Menurut Ketua Guru PASTI itu, Cikgu Samsiah Sanuddin, ini merupakan satu usaha untuk membangkitkan semangat patriotik di samping mendedahkan sejarah kemerdekaan dan bendera Malaysia kepada pelajar bagi meraikan bulan kemerdekaan.

Samsiah dan guru-guru melahirkan kegembiraan apabila sambutan bulan kemerdekaan pada kali ini dapat dilakukan secara fizikal setelah 2 tahun tidak dapat melakukan aktiviti sebegini akibat pandemik.

“Kami berharap program sebegini dapat menyemai rasa kecintaan murid kepada negara seterusnya meningkatkan nilai patriotisme dalam kalangan pelajar,” ujarnya lagi.

Seramai 98 orang pelajar sesi pagi dan petang bersama 3 orang guru berarak dan mengibarkan Jalur Gemilang di Taman Megah Jaya.