PAS harap nama calon PRU-15 tak berubah

KUALA TERENGGANU - Perubahan nama calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak mustahil masih boleh berlaku sehingga tiba hari penamaan calon pada 5 November ini. Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PAS seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada berbuat demikian dengan menjadikan senarai itu sebagai kalis ubah. “Kebiasaannya apabila kita mencadangkan nama-nama calon untuk diangkat...

Veteran tentera, anak jati tempatan calon PN Tenggara

Oleh M RAZIF JAMAL TENGGARA, 02 Nov : Perikatan Nasional mengumumkan bekas pegawai tentera, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar sebagai calon PAS-PN bagi kerusi Parlimen P155 Tenggara, pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 kali ini. Pengumuman calon-calon yang akan bertanding mewakili Perikatan Nasional telah diumumkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhiyiddin Yassin dalam satu perjumpaan khas di Malaysia International...

PAS Johor bertanding 4 kerusi PRU15

Oleh NAZIRUL MUNIR Kluang, 1 Nov : Seramai empat orang calon PAS mewakili Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di kerusi parlimen pada Pilihanraya Umum ke-15. Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhiyiddin Yassin dalam satu perjumpaan khas di Malaysia International Trade Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, malam ini. Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin akan bertanding di P146...

PJ PAS Johor calon Perikatan Nasional Parlimen Muar

Oleh SHARIFAH AJIL MUAR, 1 Nov : Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Hussin telah dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) mewakili PAS yang akan bertanding di parlimen Muar. Ini berdasarkan pengumuman calon-calon yang akan bertanding mewakili Perikatan Nasional seperti yang telah diumumkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhiyiddin Yassin dalam satu perjumpaan khas di Malaysia International Trade Exhibition Centre (MITEC),...

JAINJ arah Solat Hajat hadapi banjir

Oleh NAZIRUL MUNIR Kluang, 1 NOV : Jabatan Agama Islam Negeri Johor mengarahkan untuk melaksanakan Solat Hajat bagi menghadapi bencana banjir. Pengarahnya, YB Dato' Haji Md Rofiki Dato' Shamsudin didalam kenyataan medianya menyatakan Negeri Johor tidak terkecuali berhadapan musim hujan. "Setiap tahun khususnya di Negeri Johor tidak terkecuali berhadapan dengan musim hujan yang akan mengakibatkan berlakunya banjir di beberapa kawasan. "Mohon jasa baik...

Ancaman Bahasa Melayu di Zaman Kerajaan PH

Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor Bahasa adalah medium dan wahana untuk berkomunikasi dan melebarkan jaringan sosial serta menjadi alat perpaduan negara. Negara India pada suatu masa pernah berlaku kegegeran sosio politik akibat isu bahasa kerana kerencaman etnik negara itu sehingga bahasa Inggeris dipilih menjadi bahasa rasmi. Bahasa Melayu dalam denai sejarahnya, pernah menjadi lingua franca yang dipertuturkan oleh 84 bangsa...

Khairuddin ada masalah peribadi, keliru dan mengelirukan

KUALA TERENGGANU – Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus  disifatkan mengalami masalah kesihatan dalam pemikirannya yang bercelaru, sering mengeluarkan kenyataan yang berbeza-beza terhadap PAS. “sebenarnya dia telah mengelirukan rakyat, sifat dia sebagai ahli politik, hari tu dia kata dia sayang kepada PAS, tiba-tiba dia suruh undi BN, ada masalah dalam pemikirannya, rakyat sedang memerhati beliau, “itu adalah pandangan peribadi beliau yang saya...

Baru baik kaki, Sayap pula patah

Umno bergolak lebih awal dari jangkaan. Krisis dalaman menghambat mereka seawal tersebarnya nama-nama penyandang atau ketua bahagian tertentu tidak disenaraikan sebagai calon PRU kali ini.  Kalaupun ini satu strategi umno, moral dan semangat petugas dikebanyakan kawasan mereka sudah jatuh dan lemah. Kalangan mereka sendiri mempebesarkan persengketaan berskala besar mereka di segenap ceruk media sosial. Orang tamak selalu rugi, gelojoh membawa padah....

Melayu berdaulat dengan Islam

Oleh : Pyang Mamat KEMAMAN - Festival Main 'Gayong Nusantara 2022 kali ini bertemakan Melayu Berdaulat Dengan Islam diambil bagi mengeratkan tali silaturrahim dan membina kekuatan sesama Islam. Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman merangkap Pengarah Majlis Tindakan PAS DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata, ia perlu diperkasakan sebelum ianya terus berpecah akibat perbezaan fahaman politik "Salah satu matlamat festival ini diadakan...

Kerajaan PAS Terengganu tidak ‘Politiking’

DUNGUN - Kerajaan PAS Terengganu selepas diberi mandat memerintah tidak pernah bermain politik (politiking) menjalankan amanah mentadbir dan hanya berbuat demikian semasa Parlimen dibubarkan. Mengulas lanjut, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT), Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menjelaskan ini berbeza dengan Barisan Nasional(BN) dan Pakatan Harapan(PH) yang sentiasa hendak berpolitik 24 jam. "Walaupun mereka telah menjadi kerajaan tetapi masih menghentam serta...