Home Berita PAS Johor

JAINJ arah Solat Hajat hadapi banjir

104
SHARE
Sumber : Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Oleh NAZIRUL MUNIR

Kluang, 1 NOV : Jabatan Agama Islam Negeri Johor mengarahkan untuk melaksanakan Solat Hajat bagi menghadapi bencana banjir.

Pengarahnya, YB Dato’ Haji Md Rofiki Dato’ Shamsudin didalam kenyataan medianya menyatakan Negeri Johor tidak terkecuali berhadapan musim hujan.

“Setiap tahun khususnya di Negeri Johor tidak terkecuali berhadapan dengan musim hujan yang akan mengakibatkan berlakunya banjir di beberapa kawasan.

“Mohon jasa baik tuan untuk menyambung perlaksanaan solat hajat bagi memohon kesejahteraan negeri johor daripada banjir di masjid-masjid dan surau-surau jumaat,” katanya.

Surat yang ditujukan kepada pengerusi Masjid & Surau Jumaat itu menyatakan arahan perlaksanaannya pada 4 november 2022 sehingga 25 november 2022 selepas solat Fardhu Jumaat.