Bersedia ambil alih kerajaan
SHAH ALAM, 20 Oktober – PAS dan Perikatan Nasional (PN) perlu sentiasa bersedia untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan dalam tempoh terdekat. Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, persediaan itu perlu dilakukan memandangkan kepimpinan kerajaan gabungan PHBN terus gagal menangani isu-isu yang membelenggu masyarakat dan negara. ”Mereka sebenarnya kerajaan gagal cakap tidak serupa bikin, dengan itu saja rakyat berhak menikmati...
Gagasan BPMS Membuahkan Hasil
Oleh: Nik Nur Humaira' Nik Yusri SHAH ALAM, 18 Oktober - YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yaakob, Timbalan Mursyidul Am PAS menjadi perasmi dalam Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke 63. Majlis yang penuh gilang-gemilang ini telah berlangsung di IDCC, Shah Alam Selangor selama dua hari bermula 18 Oktober hingga 19 Oktober 2023. Beliau memulakan ucapannya dengan...
Usul Kerajaan Bersikap Adil, Bukan Menyekat
Oleh : Aida Mohd SHAH ALAM, 19 Oktober - Perwakilan daripada 184 kawasan sebulat suara menerima usul yang dibawa oleh Dewan Muslimat PAS Selangor dalam sesi perbahasan usul hari ini. Usul itu menggesa Dewan Muslimat PAS Pusat untuk mendesak melalui pelbagai medium agar kerajaan bersifat adil dan tidak selektif dalam pengamalan kebebasan media termasuk di platform media sosial. Perwakilan Bangi, Selangor Puan...
Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat Sesi 2023/2025
Sekalung Tahniah buat Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat Sesi 2023/2025 Berikut adalah keputusan pemilihan bagi Jawatan-jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat bagi sesi 2023-2035 seperti yang telah diputuskan dalam Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia Kali Ke-63. PENGERUSI TETAP Husna Saidon (MTB) TIMBALAN PENGERUSI TETAP Nor Zarina Mohd Azhar (MTB) KETUA Ustazah Nuridah Salleh (MTB) TIMBALAN KETUA Dr Rosni Adam (MTB) NAIB KETUA YB Ustazah Salamiah Mohd...
Muslimat Diseru Perkukuh Agenda ‘AKIFI
Oleh: Tengku Tasnim SHAH ALAM, 18 Oktober - Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh menekankan pengukuhan agenda ‘AKIFI dalam kalangan muslimat agar mampu menggalas cabaran dan ujian akhir zaman. Tegas beliau lagi, seluruh Muslimat PAS harus menghayati keperluan khusus muslimah dalam beramal sebagaimana yang diabadikan dalam surah al-Ahzab ayat 29 hingga 36, antaranya meluruskan matlamat hidup dan...
Muktamar DMPM Berjaya Kumpul RM 62,482 Untuk Palestin
Oleh: Akif Danisya Ismail SHAH ALAM, 18 Oktober - Dewan Muslimat PAS Malaysia terus cakna dengan isu kemanusiaan dan penindasan melampau rejim Israel ke atas rakyat Palestin. Menyedari hakikat itu, Dewan Muslimat PAS Malaysia telah melancarkan Tabung Kecemasan Palestin semasa Muktamar Tahunan kali ke-63 bagi mengumpul dana khas mendokong perjuangan Palestin menentang Israel. Bukan sahaja sejumlah besar RM62,482 berjaya dikumpul, malah para...
Laungan ‘Muslimat Stand With Palestine’ Gegarkan IDCC
Penulis : Aida Mohd SHAH ALAM, 19 Oktober - Suasana muktamar kali ini berbeza dengan muktamar tahun lalu. Semangat para juang penduduk Palestin turut dibawa dalam dewan IDCC ini dengan laungan 'Muslimat Stand With Palestin'. Walaupun tidak dapat bersama mempertahankan di bumi Palestin secara lapangan, para perwakilan tidak ketinggalan menyatakan solidariti buat Palestin. Doa qunut nazilah bergema dibacakan dengan penuh kudus dan...
TASTI : Silibus Baharu Menyentuh Asas Fitrah Anak-Anak
Oleh : Fitrah Herman SHAH ALAM, 19 Oktober - Penaung Sekretariat, Ustazah Hajjah Nuridah Mohd Salleh, yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) telah melancarkan Silibus Taman Asuhan Tunas Islam (TASTI) bersama Penasihat Sekretariat, YB Dato' Ustazah Hajjah Siti Ashah Ghazali, yang mengetuai Lajnah Pembangunan Keluarga DMPM. Tertubuhnya 47 buah TASTI di seluruh Malaysia dengan visi "Menerajui Pengasuhan dan Pendidikan...
Kehadiran Ketua-Ketua Wanita Menambah Seri Muktamar
Oleh: Nurul Ashidah Johari SHAH ALAM, 18 Oktober - Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS turut dihadiri oleh rakan sekutu Perikatan Nasional antaranya mewakili Ketua Wanita Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP), Ketua Serikandi Bersatu, Ketua Wanita Gerakan, Ketua Pergerakan dan Ketua Pergerakan Wiranita Putra. Kehadiran Puan G. Parvati, Datuk Seri Rina, Puan Chung Monsie, Puan Laila Norinda dan ketua-ketua exco menyerikan lagi...
Bersatu Padu Kunci Kemenangan Sebenar
Penyatuan Ummah Menuju Kemenangan Kekal Tema Muktamar Muslimat Oleh : Nur Wafa SHAH ALAM, 18 Oktober - Setiausaha Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr. Nurul Hani Ali dan juga merangkap Penyelaras Muktamar menggesa semua bersatu padu dalam melaksanakan kebaikan dan menentang kemungkaran. Hal demikian katanya mampu membantu kemenangan sebenar dicapai. Beliau juga mengulas Muktamar bukanlah acara akan tetapi ia perhimpunan sebagai momentum untuk memayungi semangat...