Home Berita PAS Terengganu

Bersedia ambil alih kerajaan

116
SHARE

SHAH ALAM, 20 Oktober – PAS dan Perikatan Nasional (PN) perlu sentiasa bersedia untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan dalam tempoh terdekat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, persediaan itu perlu dilakukan memandangkan kepimpinan kerajaan gabungan PHBN terus gagal menangani isu-isu yang membelenggu masyarakat dan negara.

”Mereka sebenarnya kerajaan gagal cakap tidak serupa bikin, dengan itu saja rakyat berhak menikmati hidup mulia dan bermaruah yang merupakan hak insani.

”Bukannya keistimewaan yang diagih-agihkan mengikut selera dan kemahuan pemimpin dan pihak yang diberikan kuasa seperti diamalkan oleh kerajaan PHBN sekarang,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69, di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Takiyuddin berkata, berikutan kemenangan PN memenangi 74 kerusi parlimen dan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) memengangi 208 kerusi dengan menguasai Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis muktamar pada kali ini sangat penting.

”Menjadi medan paling sesuai kepada perwakilan untuk menampilkan perbahasan yang berkualiti berupa muhasabah, kritikan dan ‘post mortem’ yang sekali gus menonjolkan input-input yang bernas dan tuntas membina bagi merencanakan proses mengisi kemenangan,”ujarnya.