Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Laungan ‘Muslimat Stand With Palestine’ Gegarkan IDCC

122
SHARE

Penulis : Aida Mohd

SHAH ALAM, 19 Oktober – Suasana muktamar kali ini berbeza dengan muktamar tahun lalu. Semangat para juang penduduk Palestin turut dibawa dalam dewan IDCC ini dengan laungan ‘Muslimat Stand With Palestin’.

Walaupun tidak dapat bersama mempertahankan di bumi Palestin secara lapangan, para perwakilan tidak ketinggalan menyatakan solidariti buat Palestin.

Doa qunut nazilah bergema dibacakan dengan penuh kudus dan tulus dari seluruh para muktamirat di dewan IDCC Shah Alam.

Sidang muktamar akan terus bersolidariti dan menyumbang dari segi wang, tenaga dan berdoa agar rakyat Palestin di bumi Gaza dilindungi Allah.

Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka