Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Muktamar DMPM Berjaya Kumpul RM 62,482 Untuk Palestin

146
SHARE

Oleh: Akif Danisya Ismail

SHAH ALAM, 18 Oktober – Dewan Muslimat PAS Malaysia terus cakna dengan isu kemanusiaan dan penindasan melampau rejim Israel ke atas rakyat Palestin.

Menyedari hakikat itu, Dewan Muslimat PAS Malaysia telah melancarkan Tabung Kecemasan Palestin semasa Muktamar Tahunan kali ke-63 bagi mengumpul dana khas mendokong perjuangan Palestin menentang Israel.

Bukan sahaja sejumlah besar RM62,482 berjaya dikumpul, malah para muktamirat turut menyumbangkan barangan kemas antaranya 3 utas gelang tangan, seutas rantai leher, sebuah loket dan 4 bentuk cincin emas.

Selain itu, perwakilan yang hadir turut menyumbang dengan nilai mata wang negara asing seperti dollar Singapura, Rupiah, Riyal dan Peso. Malah mereka turut lakukan pindahan wang di talian ke akaun dewan Muslimat PAS Malaysia.

Masing-masing berlumba-lumba menyumbang yang terbaik untuk membantu saudara seagama di bumi Palestin yang sedang bergolak sekarang ini.

Baru-baru ini serangan ganas rejim Israel mengebom Hospital Al-Ahly Al-Mamdani di Semenanjung Gaza telah mengakibatkan lebih 600 syahid dan 900 cedera.