Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Usul Kerajaan Bersikap Adil, Bukan Menyekat

29
SHARE

Oleh : Aida Mohd

SHAH ALAM, 19 Oktober – Perwakilan daripada 184 kawasan sebulat suara menerima usul yang dibawa oleh Dewan Muslimat PAS Selangor dalam sesi perbahasan usul hari ini.

Usul itu menggesa Dewan Muslimat PAS Pusat untuk mendesak melalui pelbagai medium agar kerajaan bersifat adil dan tidak selektif dalam pengamalan kebebasan media termasuk di platform media sosial.

Perwakilan Bangi, Selangor Puan Hamsatul Hamzah dalam pembentangan usulnya menegaskan agar kerajaan tidak menekan mana-mana pihak yang tidak menyokong mereka dengan menggunakan agensi kerajaan dan pihak keselamatan negara.

Tindakan kerajaan yang memberikan layanan berbeza kepada kandungan media sosial parti pembangkang seperti menyekat, membuang dan menutup akaun dilihat tidak selari dengan prinsip kesamarataan dalam perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.