PAS Kawasan Rembau bawa team Musmedik membuat pemeriksaan kesihatan.
OLEH: Rusilah Md Som PAROI, 15 APRIL- Team Musmedik Negeri Sembilan mewakli PAS Kawasan Rembau telah membuat pemeriksaan kesihatan pengundi-pengundi di Dun Paroi yang sakit di sini, pagi tadi. Program pemeriksaan kesihatan oleh Team Musmedik itu adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa PAS cakna isu kesihatan terutama kepada mereka yang sudah uzur dan sakit. Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau, Masita...
Radhi Mat Din calon PAS Parlimen Pokok Sena
KUALA KEDAH: PAS mengumumkan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Radhi Mat Din sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi Parlimen Pokok Sena. Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat pengumuman itu pada majlis ceramah Gelombang Hijau Kedah PRU14 di Markas PAS Cawangan Alor Ibus, malam tadi. (Foto di atas daripada Facebook Tuan Guru.) Beliau...
Program PASTI Al-Irfan Tebrau Meriah
Tebrau ,14 April 2018 : Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua berlangsung meriah dengan kehadiran dan sokongan ibu bapa dari semua 13 cawangan PASTI Al-Irfan Tebrau. Walaupun meriah, ia tetap menekankan konsep bersederhana serta membawa visi untuk melahirkan anak soleh dan solehah berjiwa pemimpin yang berdisplin tinggi. Majlis yang dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Bangsa Johor...
Perjuangan PAS Dalam Kerangka Demokrasi
PERJUANGAN PAS DALAM KERANGKA DEMOKRASI "Membangun Negara Yang Sejahtera" Oleh: USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat 1. PAS sebagai sebuah Harakah Islamiah di Malaysia telah memilih jalan muwajahah silmiyyah (kaedah pertentangan secara aman) iaitu dengan jalan demokrasi sebagai parti yang menyertai pilihan raya. 2. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam Surah An-Nahl, ayat 125, yang menceritakan pendekatan hikmah dan kebijaksanaan dalam...
Pakar Qiraat yakin Kelantan kekal di bawah ulama
KOTA BHARU: Ketua Bahagian Iqra' dan Qiraat di Pertubuhan Natadabbarah Makkah al-Mukarramah di Arab Saudi, Syeikh Hisham Abdel Bari yakin kerajaan Kelantan kekal di bawah kepimpinan ulama. "Saya mahu memberitahu berita gembira kepada kepimpinan kerajaan negeri dan rakyat Kelantan bahawa pemerintahan ini terus kekal di bawah pemerintahan yang ada sekarang. "Ini adalah kerana mereka menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam pemerintahan, pastinya...
Bertanding pilihan raya satu jihad
TANAH MERAH: PAS Kelantan akan mengumumkan pelancaran manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dalam masa terdekat. Jawatankuasa manifesto PAS Kelantan dipengerusikan Timbalan Pesuruhjaya, Dato' Mohd Amar Abdullah. Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan, Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, manifesto tersebut akan diumumkan tidak lama lagi. Bagaimanapun katanya, pengumuman calon PAS akan dibuat selepas mendapat lampu hijau daripada PAS Pusat. “Sebab kita bersama PAS Pusat...
Wanita Muda Penentu Masa Depan Negara
Wanita Muda Penentu Masa Depan Negara 1. Ameerah Malaysia menyeru kepada semua wanita muda untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada 9 Mei 2018. 2. Seringkali kita sering mengeluh mengenai kos sara hidup, masalah pengangguran serta isu-isu pendidikan. Kondisi moral sebahagian anak-anak muda turut sangat membimbangkan. 3. Wanita muda yang bersemangat waja tidak sekadar meluahkan ketidakpuasan hati di media sosial sedangkan mereka mempunyai kuasa...
PAS DUN Paroi | Program CuRah di sekitar Paroi
PAROI, 13 April - Program Cula dan Ziarah (CuRah) sebelah pagi telah diadakan di Taman Senawang Indah, menziarahi pengundi yang sakit bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau, Hajah Masita Mohamed Ali. Turut serta PIC Taman Senawang Indah, En Kamarulzaman Harun. Sesi petang pula Hajah Masita bersama PIC Taman Alamanda, Hjh Faridah Yahya menziarah pengundi DUN Paroi yang mengalami penyakit...
Menghayati Peristiwa Israk dan Mikraj
MENGHAYATI PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ Firman Allah SWT: "Maha Suci Allah SWT yang sudah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah SWT jugalah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Israk:1) Tanggal 27 Rejab, setiap umat Islam akan menyambut peristiwa besar bersejarah...
Masyarakat di DUN Kota tidak gentar bersama PAS
Masyarakat di DUN Kota tidak gentar bersama PAS ASTANA RAJA, 14 April - Majlis perasmian Bilik Operasi Kg Penajih yang diadakan hari ini telah mendapat sambutan di luar dugaan apabila ramai yang hadir sebelum ini agak keberatan menyatakan sokongan kepada PAS secara terbuka. Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Ustaz Mustafa Dolah selaku Bendahari PAS Negeri Sembilan. Dalam ucapannya Ustaz Mustafa...