Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Wanita Muda Penentu Masa Depan Negara

1217
SHARE

Wanita Muda Penentu Masa Depan Negara

1. Ameerah Malaysia menyeru kepada semua wanita muda untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada 9 Mei 2018.

2. Seringkali kita sering mengeluh mengenai kos sara hidup, masalah pengangguran serta isu-isu pendidikan. Kondisi moral sebahagian anak-anak muda turut sangat membimbangkan.

3. Wanita muda yang bersemangat waja tidak sekadar meluahkan ketidakpuasan hati di media sosial sedangkan mereka mempunyai kuasa undi yang boleh menentukan halatuju negara.

4. Rasa tidak puas hati haruslah diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang memberi kesan pada negara. Justeru itu, kami Ameerah Malaysia menyeru sekali lagi semua wanita muda untuk keluar mengundi pada PRU ke 14 ini bagi membawa Malaysia ke arah yang lebih sejahtera.

_Kuasa Memilih, Kuasa Kita_

Wanita Muda Bangkit, Menuju Malaysia Sejahtera

HUSNA HASHIM
Pengarah
Ameerah Malaysia

#WanitaMudaUndiPAS
#UndilahPAS