Home Artikel PAS Selangor

Menghayati Peristiwa Israk dan Mikraj

98 views
SHARE

MENGHAYATI PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ

Firman Allah SWT:

“Maha Suci Allah SWT yang sudah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah SWT jugalah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Israk:1)

Tanggal 27 Rejab, setiap umat Islam akan menyambut peristiwa besar bersejarah iaitu Israk Mikraj.

Peristiwa agung yang berlangsung hanya dalam 1 malam, bukan hanya sekadar sambutan ikut-ikutan atau sekadar memperingati tanggal berlakunya peristiwa tersebut. Penghayatan terhadap peristiwa Israk dan Mikraj, adalah sebagai tanda beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Marilah bersama kita renungilah rangkaian hikmah yang terkandung di dalamnya agar dapat memberi nilai tambah dalam kehidupan dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mengucapkan Selamat Menyambut Israk Mikraj dengan penuh penghayatan dan ketaqwaan.

Ustazah Hjh. Wan Hasrina Binti Wan Hassan
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
14 April 2018| 27 Rejab 1439H