Home Artikel PAS Negeri Sembilan

PAS Kawasan Rembau bawa team Musmedik membuat pemeriksaan kesihatan.

1205
SHARE

OLEH: Rusilah Md Som

PAROI, 15 APRIL- Team Musmedik Negeri Sembilan mewakli PAS Kawasan Rembau telah membuat pemeriksaan kesihatan pengundi-pengundi di Dun Paroi yang sakit di sini, pagi tadi.

Program pemeriksaan kesihatan oleh Team Musmedik itu adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa PAS cakna isu kesihatan terutama kepada mereka yang sudah uzur dan sakit.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau, Masita Mohamed Ali yang bersama dalam program pagi tadi juga berkesempatan beramah mesra serta memberi penerangan mengenai Manifesto PAS terutama yang berkaitan dengan penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST ) dan masyarakat menerima baik kehadiran PAS.

Pemeriksaan kesihatan tersebut tertumpu di UPU Kobena melibatkan pesakit di Taman Kobena dan Taman Senawang Indah dan semua yang telah diperiksa telah dinasihat oleh pegawai perubatan untuk membuat rawatan susulan di hospital.

Antara pimpinan yang bersama program ialah Timbalan Ketua PAS Cawangan Desa Ixora, Kamarulzaman Harun, Muslimat Kawasan Rembau serta petugas Unit Amal.