Sambut baik projek lebuh raya diteruskan

PASIR MAS: Kerajaan negeri menyambut baik hasrat kerajaan Persekutuan meneruskan pembinaan lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai dalam Rancangan Malaysia ke-11. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti negeri, Azami Mohd Nor berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyebut kerajaan pusat akan meneruskan projek tersebut. “Projek itu memberi banyak manfaat kepada rakyat bagi mengatasi kesesakan lalu lintas pada musim perayaan,” katanya...

Unit kawalan tangani gejala sosial di kampung

KOTA BHARU: Unit Kawalan dan Keselamatan perlu digerakkan di setiap kampung untuk menangani gejala negatif daripada terus menular. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, unit kawalan itu dapat mengurangkan aktiviti negatif daripada menular. “Sudah ada kampung yang mewujudkan unit tersebut. Namun masih banyak lagi belum wujudkan. Unit tersebut dapat mengenal pasti kalau ada orang luar...

Kokurikulum renang perlu patuh syariah

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan dicadang mengambil kira garis panduan Islam dalam usaha memperkenalkan kokurikulum renang tahun hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, program itu perlu diambil kira patuh syariah yang melibatkan pelajar Muslim. “Kita bersetuju dengan cadangan itu, bagaimanapun garis panduan berlandaskan Islam mesti diambil kira, barulah ada keberkatan,” ujarnya sebagai mengulas cadangan Kementerian Pendidikan...

Tahniah Kepada Para Graduan Sempena Majlis Konvo ILHAM

Tahniah Kepada Para Graduan Sempena Majlis Konvo ILHAM Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada para graduan di Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM). Tidak dilupakan ucapan ini ditujukan khas buat Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kumutha a/p Rahman telah dengan jayanya selesai pengajian Asas Kefahaman Islam. Seramai 6 orang daripada ahli DHPP antaranya Balendran...

Dr Che Faridah Terima Anugerah Presiden

Dr Che Faridah Terima Anugerah Presiden Konvokesyen Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM) PAS Pusat kali ke 13 telah berlangsung pada 20 Oktober 2018 Bersamaan 10 Safar 1440H Di Dewan Dato’ Hj. Fadhil Mohd Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar. Majlis gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS...

Royalti: Kemuka Butiran Mesyuarat

Kenyataan Media Penerangan. 237/108 13 Safar 1440 | 22 Oktober 2018 ROYALTI: KEMUKA BUTIRAN MESYUARAT Oleh : Nasrudin bin Hassan Ketua Penerangan PAS Pusat 1. Kenyataan ini merujuk kepada tuduhan liar YB Lim Kit Siang yang menempelak YB Presiden PAS mengenai isu DAP mendiskriminasi pembangunan Pantai Timur. 2. Lim Kit Siang menyatakan, “Hadi will be a disgrace to political Islam if he cannot substantiate his...

Kerajaan Perlu Serius Pertahankan Tulisan Jawi

KENYATAAN MEDIA DEWAN ULAMAK PAS WILAYAH PERSEKUTUAN KERAJAAN PERLU SERIUS PERTAHANKAN TULISAN JAWI (22 Oktober 2018) 1. Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan (DUPWP) meminta Kementerian Pendidikan agar segera memartabatkan tulisan jawi sebagai agenda penting kepada masyarakat di Malaysia khususnya orang Melayu. Ini kerana tulisan jawi semakin hilang dalam pengetahuan masyarakat terutama generasi muda dan semakin ramai umat Islam tidak tahu tulisan Jawi sama...

Guang Eng Dan DAP Terus Bersikap Aneh Terhadap Kelantan.

Pagi ini di Parlimen Guang Eng yang terkapai- kapai kelemasan menjawab soalan tambahan daripada Yb Kota Bharu tentang Projek ECRL yang di batalkan. Seperti biasa, bila tidak dapat menjawab soalan dan kelemasan Guang Eng terus menjadikan Kelantan sebagai “punching bag”. Lebih memeritkan dengan fakta kelaut, Guang Eng jadi manusia yang sangat tidak berhati perut menuduh Kelantan tidak mampu membayar gaji. Bila...

Bayar royalti seperti perjanjian 1975

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan perlu merealisasikan komitmen Perdana Menteri bagi membayar royalti petroleum kepada Kelantan. Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mesyuarat Majlis Kewangan Negara pada 7 Jun lepas memberi jaminan akan membayar royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak. Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan Kelantan dan persekutuan masih dalam perbincangan mengenai perkara tersebut. "Perkara itu masih lagi dalam perbincangan antara kerajaan...

Misi Bantuan Kemanusiaan Palu Berlepas Hari Ini

Sepang, 22 Oktober : Misi Bantuan Kemanusiaan Palu akan berlepas hari ini sekitar jam 1.30 tengah hari dari KLIA. Delegasi kali ini diketuai oleh Timbalan Pengarah PASRelief merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd. Salleh. Seramai 27 orang anggota delegasi yang terdiri daripada NGO Geng Ustaz, Azhar Care, MediCom, Syabab Care, Asatizah Utara dan banyak lagi. Jumlah kutipan daripada...