Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah Kepada Para Graduan Sempena Majlis Konvo ILHAM

1782
SHARE

Tahniah Kepada Para Graduan Sempena Majlis Konvo ILHAM

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada para graduan di Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM). Tidak dilupakan ucapan ini ditujukan khas buat Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kumutha a/p Rahman telah dengan jayanya selesai pengajian Asas Kefahaman Islam.

Seramai 6 orang daripada ahli DHPP antaranya Balendran A/L Balasubramaniam, Balasubramaniam A/L Nachiappan, Baradidathan A/L Saminathan, Dr Balachandran Gopal Krishnan dan Kong Tuck Wah juga telah menerima sijil Pengajian Asas Islam di Majlis Konvokesyen ILHAM kali ke 13 di Dewan Dato’ Hj. Fadhil Mohd Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar pada 20 Oktober 2018 bersamaan 10 Safar 1440H baru-baru ini.

Detik manis lagi indah buat para graduasi ILHAM dipotretkan apabila YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS merangkap Penaung Lembaga Pengarah ILHAM menyampaikan sijil dan anugerah kepada para graduasi ILHAM di seluruh negara.

Ayuh bersama kita ambil semangat ahli DHPP yang bukan muslim untuk mengenal lebih dekat ajaran Islam. Buat muslimat dan anak muda yang mencari tempat untuk menyambung pelajaran secara latihan perkaderan, kepemimpinan dan dakwah secara nizomiyah serta meliputi beberapa program iaitu pengajian Islam, bahasa, dakwah, pengurusan organisasi dan kefahaman visi dan misi perjuangan PAS, ILHAM adalah pilihan tepat lagi bijak!Semoga para graduan terus cemerlang di dunia dan di akhirat.

“Islam Memimpin”

“Muslimat Istiqamah Memacu Kemenangan”

DR ROSNI ADAM
Timbalan Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
14 Safar 1440
23 Oktober 2018