Ziarah Kasih | PAS Bagan Serai
BAGAN SERAI, 14 Februari - YB Haji Razman Zakaria menggerakkan program Ziarah Kasih dengan menziarahi dan memberi sumbangan Kit It'am (bantuan barangan keperluan rumah) beberapa buah rumah di lokaliti Alor Setanggok, Parit 2 dan Parit 3 pada jam 9.30 pagi tadi. Di lokaliti Parit 2, seramai tujuh orang miskin, OKU, sakit, warga emas, armalah dan anak...
Siasat Dana Politik DAP, Pemuda PAS Perlis Buat Laporan Polis
KANGAR : Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis telah membuat laporan polis berhubung isu dana politik yang didakwa diterima Parti Tindakan Demokratik (DAP) daripada Institut Republikan Antarabangsa (IRI) pada PRU-14 yang lalu.
Ijazahnya Ada, Akalnya Kerdil
Minda Presiden PAS IJAZAHNYA ADA, AKALNYA KERDIL Saya ditunjukkan kenyataan seorang menteri yang dikatakan berijazah tinggi yang dibanggakannya dan menegaskan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. juga tiada ijazah. Kenyataannya boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud yang tersurat dan tersirat. Cumanya sangat malang dan sesat lagi menyesatkan, kalau dibandingkan mereka yang didakwa tidak berijazah itu dengan Nabi Muhammad S.A.W. yang dikatakan tidak berijazah. Tidak boleh...
PAS DUN PERMATANG BERANGAN PARLIMEN TASEK GELUGOR MELAKAR SEJARAH
Oleh : Rosli Aman Naluri 10/02/2019| Isnin - Majlis Tindakan DUN (MTD) Permatang Berangan melakarkan sejarah apabila dapat mewujudkan sebuah lagi PAS cawangan penaja semalam di kubu kuat umno. Penubuhan PAS penaja cawangan simpang tiga Tasek Gelugor itu berjalan dengan lancar apabila mendapat sokongan dan komitmen tinggi penduduk setempat. Menurut ketua penaja ini, tuan Hj Hamali B Khalib, penubuhan ini merupakan inisiatif...
Didik Murid PASTI Menjadi Hamba Allah
KANGAR: Tugas mendidik yang dilaksanakan oleh guru PASTI bukan hanya terarah menjadikan mereka cemerlang dalam aspek akademik, malah lebih dari itu, membina diri mereka untuk menjadi hamba yang diredhai Allah S.W.T.
PAS Lumut sentiasa jaga kebajikan veteran
LUMUT: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Lumut telah mengadakan kunjungan ziarah kepada veteran-veteran PAS di sekitar Pundut, Taman Melati dan Batu 8 Lekir, di sini hari ini. Aktiviti rutin tersebut dilaksanakan bersama anggota Jawatankuasa Pilihan Raya Kawasan (JPRK) dan HalWa JPRK Lumut sebagai menunaikan tanggungjawab dan memberi perhatian kepada golongan tersebut. Menurut Ketua HalWa JPRK, Habibah Rasdi, ziarah tersebut...
NGO satukan agenda bersama PAS-Umno
BERUAS: NGO Pencetus Gerakan Rakyat (PENGGERAK) telah melaksanakan majlis silaturahim melibatkan masyarakat di Kampung Changkat Chermin, Ayer Tawar, di sini semalam. Pengerusi PENGGERAK, Mohd Zaidi Zakaria berkata, pihaknya terpanggil untuk menjadi penggerak kepada penyatuan masyarakat Melayu-Islam yang merupakan penduduk terbesar negara ini. Secara khusus jelasnya, masyarakat Melayu-Islam perlu disatukan di bawah wadah perjuangan umatnya di mana PENGGERAK melihat kerjasama PAS dan...
Pembalakan jejas hidup Orang Asli
GERIK: PAS Perak berharap kerajaan negeri membuat kajian dan perancangan teliti sebelum meluluskan kawasan untuk pembalakan supaya tidak merosakkan ekosistem, flora dan fauna atau menjejaskan kepentingan penduduk setempat. Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, sebagai sebuah kerajaan baharu, sumber hasil negeri tentulah tidak hanya bergantung kepada pembalakan semata-mata. Menurut beliau, sekiranya mahu juga mendapatkan hasil daripada sumber hutan, sebelum meluluskan satu-satu...
Penerangan Perak siap sedia menuju PRU15
IPOH: Lajnah Penerangan PAS Negeri Perak telah menganjurkan Bengkel Wartawan Rakyat yang dilangsungkan di Dewan Seminar Harakiah, Pejabat Perhubungan PAS Perak, di sini semalam. Bengkel menghimpunkan 75 peserta dari 24 PAS Kawasan seluruh negeri itu menjadi persiapan awal jentera penerangan bergerak kerja menuju cabaran PRU15 akan datang. Menurut Timbalan Ketua Penerangan PAS Perak, Abd Qahar Syams, bengkel tersebut telah mendedahkan anggota...
SRITI perlu dukungan bersama masyarakat
IPOH: Naib Ketua Ulamak PAS Negeri Perak, Ustaz Salleh Said mengetuai rombongannya mengadakan kunjungan ke Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Istiqamah, Bandar Meru Raya, di sini hari ini. Beliau meluangkan masa melihat sendiri suasana pembelajaran 25 murid Tahun Satu yang memulakan pengajian selaku perintis di premis itu sejak pembukaan sesi pada 3 Januari lalu. Kehadiran beliau dan anggota rombongan disambut...