Home Artikel PAS Pulau Pinang

PAS DUN PERMATANG BERANGAN PARLIMEN TASEK GELUGOR MELAKAR SEJARAH

4,102 views
SHARE

Oleh : Rosli Aman Naluri

10/02/2019| Isnin – Majlis Tindakan DUN (MTD) Permatang Berangan melakarkan sejarah apabila dapat mewujudkan sebuah lagi PAS cawangan penaja semalam di kubu kuat umno.

Penubuhan PAS penaja cawangan simpang tiga Tasek Gelugor itu berjalan dengan lancar apabila mendapat sokongan dan komitmen tinggi penduduk setempat.

Menurut ketua penaja ini, tuan Hj Hamali B Khalib, penubuhan ini merupakan inisiatif bersama penduduk setempat apabila selesai PRU-14 tempoh hari. Kawasan ini adalah sebahagian kubu umno.

PAS Kawasan Tasek Gelugor bersyukur dengan tertubuhnya cawangan penaja ini Sedikit sebanyak dapat membantu menyebarkan gerakan dakwah serta dasar perjuangan PAS kepada masyarakat setempat.

Pada majlis semalam, turut diadakan majlis penyerahan borang keahlian baru seramai 36 orang kepada tn Hj Jamil Abd Rahman(Setiausaha PAS Kawasan).

Turut serta pada majlis penubuhan penaja PAS cawangan simpang tiga, tasek gelugor bekas calon DUN Mohd Sobri Salleh,bekas calon parlimen Hj Rizal Hafiz, pimpinan PAS Kawasan dan MTD.

PAS DUN Permatang berangan amat berharap dengan wujudnya cawangan penaja ini menjadi isyarat jelas penerimaan PAS dan menjadi pemangkin penerimaaan masyarakat menjalankan aktiviti agar DUN permatang berangan terus meningkat untuk menjadikan DUN Permatang Berangan sebagai DUN fokus menang PRU-15 nanti.