Home Artikel PAS Perak

Ziarah Kasih | PAS Bagan Serai

106 views
SHARE

BAGAN SERAI, 14 Februari – YB Haji Razman Zakaria menggerakkan program Ziarah Kasih dengan menziarahi dan memberi sumbangan Kit It’am (bantuan barangan keperluan rumah) beberapa buah rumah di lokaliti Alor Setanggok, Parit 2 dan Parit 3 pada jam 9.30 pagi tadi.

Di lokaliti Parit 2, seramai tujuh orang miskin, OKU, sakit, warga emas, armalah dan anak yatim (MOSWAY) menerima sumbangan Kit It’am dan di Parit 3, seramai tiga orang kategori yang sama juga menerima kit yang sama.