Home Artikel PAS Perlis

Siasat Dana Politik DAP, Pemuda PAS Perlis Buat Laporan Polis

349 views
SHARE

Oleh: Haziq Dun

KANGAR : Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis telah membuat laporan polis berhubung isu dana politik yang didakwa diterima Parti Tindakan Demokratik (DAP) daripada Institut Republikan Antarabangsa (IRI) pada PRU-14 yang lalu.

Laporan polis berkenaan telah dibuat pada jam 4.30 petang, 13 Februari 2019 di IPK Kangar oleh Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Bin Azizan. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, YB Ustaz Ridzuan Hashim.

Menurut Ustaz Muhammad Azmir, pihak polis perlu menyiasat segera skandal berkenaan kerana perkara seumpama itu telah tersebar sejak sekian lama namun tiada sebarang tindakan dibuat.

Tambahnya lagi, penerimaan dana asing oleh mana-mana parti politik adalah jelas menyalahi integriti dan undang-undang kerana perkara tersebut boleh membawa kepada campur tangan asing terhadap kedaulatan negara.

“Perkara ini tidak boleh diambil ringan kerana ianya soal kedaulatan dan keselamatan negara, kita tidak boleh biarkan negara kita dicatur oleh sesetengah pihak.

“Jika dakwaan PAS terima RM90 juta menyebabkan parti ini disiasat oleh SPRM, maka  kami melihat tiada sebab untuk menghalang siasatan yang sama dilakukan ke atas DAP,” tegasnya.

Menurutnya lagi, rakaman video yang memaparkan pengakuan Presiden IRI, Daniel Twining yang mendakwa pertubuhan berkenaan telah berusaha untuk mengukuhkan parti pembangkang di Malaysia juga menjadi bukti yang mengukuhkan dakwaan bahawa kegiatan penerimaan dana asing oleh pihak-pihak tertentu dalam negara sememangnya wujud.

Selain Perlis, laporan polis oleh Pemuda PAS berhubung isu yang sama turut diadakan di seluruh negara.