Home Artikel PAS Perak

Penerangan Perak siap sedia menuju PRU15

113 views
SHARE

IPOH: Lajnah Penerangan PAS Negeri Perak telah menganjurkan Bengkel Wartawan Rakyat yang dilangsungkan di Dewan Seminar Harakiah, Pejabat Perhubungan PAS Perak, di sini semalam.

Bengkel menghimpunkan 75 peserta dari 24 PAS Kawasan seluruh negeri itu menjadi persiapan awal jentera penerangan bergerak kerja menuju cabaran PRU15 akan datang.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan PAS Perak, Abd Qahar Syams, bengkel tersebut telah mendedahkan anggota jentera kepada perancangan mengangkat aktiviti PAA ke persada politik.

“Mutakhir ini rakyat ternanti-nanti apa yang PAS akan buat. Bila PAS anjur sesuatu program rakyat akan beri respon yang positif. Buktinya kita lihat sahaja gerak geri politik Presiden PAS,” ujarnya.

Pada bengkel sehari itu para peserta telah mengikuti pembentangan kertas kerja dan latihan tiga slot asas disampaikan Editor Harakahdaily, Ustaz Izwan Abd Halim