IBARAT AUS DAN KHAZRAJ, BEGITULAH PAS DAN UMNO KINI

Di dalam majlis tersebut, Ustaz Abdullah Hussin turut menyampaikan anugerah kepada aktivitis PAS yang banyak menyumbangkan jasa kepada PAS Kawasan Muar sejak sekian lama. Anugerah Khas Siti Khadijah diberikan kepada Puan Fatimah Ismail, Anugerah Khas Khalid Al Walid disampaikan kepada Tuan Haji Songgoh bin Malak sementara Tuan Haji Saman Sharif menerima Anugerah Khas Amru bin Ash.

Produk Muslim Bantu Tingkat Ekonomi Orang Islam

Produk Muslim Bantu Tingkat Ekonomi Orang Islam 2 April, Kuala Lumpur : Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh hadir sebagai tetamu kehormat Pelancaran ‘Kempen Beli Produk Muslim’ anjuran bersama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad, UMMAH dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Tuan Hashim...

Penubuhan Alternative Riding Club Pulai

PULAI, 31 MAC - Alternative Riding Club(ARC) Johor kini mengembangkan sayapnya dengan penubuhan ARC Kawasan Pulai. Majlis pelancaran ARC Kawasan Pulai yang telah dianjurkan di Restoran Grand Seafood semalam berlangsung dengan dengan begitu meriah dengan kehadiran sekitar 100 ahli ARC Johor yang lain. Majlis telah disempurnakan oleh Naqib ARC Pusat, Ustaz Ahmad Nazri Bin Mohd Nawi. Katanya, “ahli ARC patut mengambil ibrah...

Derita Palestine Turut Dirasai

MALAM SOLIDARITI PALESTIN Kenyataan Media Penerangan.274/145 26 Rejab 1440 | 02 April 2019 Derita Palestine Turut Dirasai Oleh : Nasrudin hin Hassan Ketua Penerangan PAS Pusat https://m.facebook.com/kpenerangan 1. Keadaan di Palestin terus meruncing. Sejak protes besar-besaran yang bermula 30 Mac yang lalu, 210 penduduk Gaza dilaporkan terbunuh dan 18 ribu orang tercedera akibat tindakan agresif dan kejam rejim Zionis Israel. 2. Kini menjadi kebiasaan bagi askar Zionis...

Bola Sepak Medan Rapat Ukhuwah PAS-UMNO

BANGI, 31 Mac 2019 - Buat julung kalinya PAS Kawasan Serdang mengambil inisiatif merapatkan silaturahim dengan UMNO melalui medium sukan. Hari ini, satu Perlawanan Persahabatan Bola Sepak telah diadakan antara 2 pasukan parti iaitu PAS Serdang dan UMNO Bandar Tun Razak di Institut Latihan POS Bangi pada jam 5.00 petang. Biarpun mencatat seri 3-3, kedua-dua pasukan dilihat berpuas hati dengan perlawanan...

Pencemaran Pasir Gudang: DMPM Raikan Sukarelawan

Pencemaran Pasir Gudang : DMPM Raikan Sukarelawan PASIR GUDANG, JOHOR: Rombongan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) DMPM, semalam 31 Mac 2019 sempat mengadakan kunjungan dan majlis meraikan petugas-petugas yang bekerja keras secara sukarela membantu mangsa semasa kejadian pencemaran bahan kimia beracun baru-baru ini.  Kedatangan DMPM yang diketuai oleh YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh...

5 sekeluarga ahli PAS terbunuh kemalangan jalan raya di Chenor

5 sekeluarga ahli PAS terbunuh kemalangan jalan raya di Chenor Oleh ARIS HAZLAN ISMAIL Semoga Allah merahmati keluarga  yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di KM101 Kg Semat (Bt 13) Chenor pada jam 2.30 petang semalam.   Mangsa yang terbunuh ialah pemandu Myvi,  Ustazah Norsuraya Binti Mohd Noor (30 tahun)  dari Jengka 6 dan suaminya Musa Bin Abdullah (31). Musa adalah aktivis PAS...

Majlis Jalinan Mahabbah Ramah Mesra PAS & UMNO di Sekijang berlangsung meriah

Majlis Jalinan Mahabbah Ramah Mesra PAS & UMNO di Sekijang berlangsung meriah 31 Mac 2019,Ahad: Hujan renyai -renyai yang membasahi bumi Sekijang di keheningan malam yang tenang dan mendamaikan seolah -olah menandakan suatu rahmat dan restu ILLAHI mengiringi pertemuan dan penyatuan kerjasama antara dua buah parti teras orang Melayu demi...

CERAMAH MALAYSIA SEJAHTERA PAS PULAU PINANG

KEPALA  BATAS: PAS berada di tengah masyarakat dengan memberi penerangan dan memperjuangkan serta menyelesaikan hal ehwal kehidupan ke arah menyelamatkan umat manusia dengan Islam. Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusof berkata, sebaliknya pula muncul dari pemerintahan yang ada kini bermacam kemelut dan kezaliman ke atas kehidupan. Perkara tersebut dibentangkan beliau ketika berucap pada Ceramah Malaysia Sejahtera anjuran Jabatan Pilihan...

PERJUANGAN ISLAM TIADA ISTILAH CUTI

KEPALA  BATAS: Perjuangan PAS bagi meninggikan Islam menuntut anggotanya istiqamah melaksanakan tanggungjawab biarpun menghadap segala mehnah tanpa ada kehendak berehat atau bercuti. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin menjelaskan, perjuangan PAS ini sukar kerana memikul peranan memberi kesedaran kepada manusia mengenai Islam yang membawa rahmat kepada semua. Beliau berucap menyampaikan taujihat pada majlis Ceramah Malaysia Sejahtera anjuran Jabatan Pilihan Raya...