TAHNIAH AYAH CHIK
TAHNIAH AYAH CHIK Badan Perhubungan PAS Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS di atas pelantikan sebagai Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke Timur Tengah. Semoga pengalaman Ayah Chik dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk membantu Kerajaan Malaysia memimpin agenda perpaduan ummah dan keamanan sejagat, InsyaAllah #MediaPASPerak #PerakSejahtera #MalaysiaSejahtera #MuafakatNasional https://www.facebook.com/117086798356730/posts/2904802636251785/
Dewan Muslimat PAS Perak rakam tahniah keatas TGHH
Dewan Muslimat PAS Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang yang telah dilantik sebagai Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri. Dewan Muslimat PAS Perak menyifatkan pelantikan itu sebagai pilihan tepat dan sewajarnya diambil kerana ianya bersesuaian dengan kelebihan beliau yang juga merupakan mantan Timbalan...
Lantikan TGHH sebagai Duta Khas Satu Penghormatan
Lantikan TGHH Sebagai Duta Khas Satu Penghormatan Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan setinggi tahniah kepada pelantikan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia ke Timur Tengah. Pelantikan ini merupakan satu penghormatan bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan bertepatan dengan keilmuan dan pengalaman beliau di peringkat nasional dan antarabangsa. DMPM mendoakan semoga dengan...
DPPK Bera hulur sumbangan kepada guru PASTI Bera
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bera melalui Jabatan PASTI Bera hari ini telah menyampaikan sebahagian sumbangan kepada sebahagian kecil guru-guru PASTI yang terjejas rentetan PKP kali ini. Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan serba sedikit mereka yang terjejas teruk akibat PKP ini.
Selamat Hari Kesedaran Autisme
Hari Kesedaran Autisme disambut di seluruh dunia pada 2 April setiap tahun, bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap autisme. Masyarakat hendaklah bersikap inklusif dengan meraikan perbezaan yang ada pada mereka yang mempunyai autisme. Ini kerana, kita semua mesti berperanan ke arah menjadikan negara ini sejahtera untuk didiami oleh segenap lapisan masyarakat. Umum mengetahui bahawa tidak mudah untuk membesar dan mendidik anak-anak autisme...
MISI BANTUAN KECEMASAN DITERUSKAN, PERLU SUMBANGAN KEWANGAN ORANG RAMAI.
KENYATAAN MEDIA PAS KAWASAN SANDAKAN MISI BANTUAN KECEMASAN DITERUSKAN, PERLU SUMBANGAN KEWANGAN ORANG RAMAI. 2 April 2020 | 8 Syaaban 1441H (1) Sukacita dimaklumkan, misi Bantuan Kecemasan kelolaan PAS Sandakan bagi membantu golongan yang terjejas bekalan makanan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 di sekitar Sandakan akan diteruskan setelah dihentikan pada 29 Mac lalu. (2) Ia susulan kebenaran dan kerjasama yang diterima pihak...
Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia – Dewan Muslimat PAS Perak
Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia. "Sesungguhnya, hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas" (Az Zumar :10) Tanggal 2 April merupakan Hari Kesedaran Autisme Sedunia atau World Autisme Awareness Day oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia disambut di seluruh dunia sejak tahun 2008 sebagai usaha murni untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat tentang kanak-kanak serta individu yang mengalami autisme. Dewan Muslimat PAS...
Pemuda PAS Kedah Rakam Ucapan Takziah Dato’ Abdul Dr Isa
PERUTUSAN TAKZIAH KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH2 April 2020 PEMUDA PAS KEDAH RAKAM UCAPAN TAKZIAH DATO' ABDUL DR ISA إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian almarhum Dato Dr. Abd...
Takziah buat keluarga almarhum Dato’ Dr. Haji Abdul Isa Ismail
Kami dikejutkan dengan berita sedih atas pemergian Dato’ Dr. Haji Abdul Isa Ismail, mantan Speaker DUN Kedah dan bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang Pasu, ke rahmatullah malam ini. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum, semoga sabar dan tabah menghadapi ujian ini. Jasa dan pengorbanannya untuk perjuangan PAS amat besar dan berharga. Marilah kita sama-sama mendoakan almarhum dicucuri rahmat Allah, diterima...
Pemakluman Berita Palsu Terkini Oleh MKN
Sebentar tadi laman Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat satu kenyataan berkaitan beberapa maklumat yang tersebar di media sosial yang disahkan palsu. Berikut ialah kenyataan penuh MKN :- PEMAKLUMAN BERITA PALSU Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial: 1. Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan kebenaran hebahan yang meminta sesiapa yang telah mengunjungi tujuh (7) lokasi di...