Home Artikel PAS Perak

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia – Dewan Muslimat PAS Perak

781
SHARE

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia.

“Sesungguhnya, hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas”
(Az Zumar :10)

Tanggal 2 April merupakan Hari Kesedaran Autisme Sedunia atau World Autisme Awareness Day oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia disambut di seluruh dunia sejak tahun 2008 sebagai usaha murni untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat tentang kanak-kanak serta individu yang mengalami autisme.

Dewan Muslimat PAS Perak mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ibu bapa yang telah membesarkan anak-anak autisme ini. Sesungguhnya kesabaran dan tumpuan yang lebih diberikan kepada anak istimewa pasti mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.

Dewan Muslimat PAS Perak juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada usaha murni pihak-pihak tertentu yang sedia berbakti kepada anak-anak autisme melalui Pertubuhan Pusat Pendidikan anak-anak autisme dan lain-lain lagi. Tahniah dan terima kasih kerana tidak pernah lelah mencurahkan tenaga mendidik dan membesarkan golongan istimewa ini.

“It takes someone special to teach someone special.❤️”

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

Ikhlas daripada:
Ketua dan Saf Kepimpinan
Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
2 April 2020 / 8 Syaaban 1441H