Home Kenyataan Media PAS Kedah

Pemuda PAS Kedah Rakam Ucapan Takziah Dato’ Abdul Dr Isa

297
SHARE

PERUTUSAN TAKZIAH KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
2 April 2020

PEMUDA PAS KEDAH RAKAM UCAPAN TAKZIAH DATO’ ABDUL DR ISA

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian almarhum Dato Dr. Abd Isa bin Ismail pada jam 10.50 malam tadi di Hospital Klang akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

Kehilangan ini merupakan kehilangan yang besar buat ummah atas sumbangan dan tinggalan jasa sepanjang hayatnya.

Beliau merupakan seorang mantan Pensyarah UUM dalam bidang ekonomi yang kemudian bersama PAS di kawasan Kubang Pasu sebagai YDP hingga tahun 2015.

Pernah diamanahkan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah semasa zaman pentadbiran kerajaan pimpinan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak.

Antara penglibatan lain beliau dalam PAS ialah sebagai Pengarah Institut Penyelidikan Fadzil Noor PAS Kedah yang banyak merangka kajian dan analisis lapangan kepada PAS sebagai persediaan utk PRU. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah dan ahli Lajnah Politik PAS Kedah.

Almarhum merupakan insan yang sentiasa menginfaqkan seluruh hidupnya, buah fikiran dan wangnya untuk Islam dan PAS. Semoga segala amal bakti almarhum diterima oleh Allah sebagai amal soleh.

Marilah sama-sama kita mendoakan keampunan dan rahmat untuk Allahyarham

‎أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

Yang Benar,

USTAZ NURUL AMIN HAMID
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah