Home Artikel PAS Sabah

MISI BANTUAN KECEMASAN DITERUSKAN, PERLU SUMBANGAN KEWANGAN ORANG RAMAI.

613
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS KAWASAN SANDAKAN

MISI BANTUAN KECEMASAN DITERUSKAN, PERLU SUMBANGAN KEWANGAN ORANG RAMAI.

2 April 2020 | 8 Syaaban 1441H

(1) Sukacita dimaklumkan, misi Bantuan Kecemasan kelolaan PAS Sandakan bagi membantu golongan yang terjejas bekalan makanan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 di sekitar Sandakan akan diteruskan setelah dihentikan pada 29 Mac lalu.

(2) Ia susulan kebenaran dan kerjasama yang diterima pihak kami daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JKM.

(3) Sehubungan itu, PAS Sandakan memohon sumbangan kewangan orang ramai bagi menjayakan misi ini yang menerima permohonan bantuan makanan harian yang banyak daripada golongan memerlukan hampir setiap hari.

(4) Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 10043010001846 atas nama Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan dan memaklumkan setiap sumbangan ke 0142805426.

(5) Selain itu, pihak kami juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada JKM Sandakan atas kerjasama yang baik diberikan kepada kami.

(6) PAS Sandakan juga komited untuk sentiasa bekerjasama dengan JKM pada masa akan datang dan sekaligus membantu menyelesaikan isu kebajikan rakyat secara bersama.

Sekian, terima kasih.

MUSTAMAN BIN MUSTAIN
Pengarah Bantuan Kecemasan,
Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan,
PAS Kawasan Sandakan.