Home Berita PAS Melaka

Pemakluman Berita Palsu Terkini Oleh MKN

1151
SHARE

Sebentar tadi laman Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat satu kenyataan berkaitan beberapa maklumat yang tersebar di media sosial yang disahkan palsu. Berikut ialah kenyataan penuh MKN :-


PEMAKLUMAN BERITA PALSU

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial:

1. Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan kebenaran hebahan yang meminta sesiapa yang telah mengunjungi tujuh (7) lokasi di sekitar kawasan Marang dan Kuala Terengganu pada 26 hingga 29 Mac 2020 agar pergi ke hospital atau klinik berdekatan untuk ujian saringan COVID-19.

2. Ketua Polis Daerah Marang menafikan dakwaan pasukan khasnya yang membantu mengiringi petugas KKM menghantar pesakit suspek COVID-19 pulang ke rumah di samping menafikan juga pernah melarang orang ramai ke pasar raya sekitar Marang kerana kononnya pesakit tersebut keluar mengunjungi pasar raya.

3. Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan dakwaan beberapa kawasan zon merah COVID-19 di negeri Johor dan menjelaskan JKNJ tidak pernah mengeluarkan senarai zon merah COVID-19.

Pasukan Respon Pantas
KKMM
1 April 2020│4.00 Petang

Kredit Sumber : Laman Telegram Rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN)


Kami dari Berita PAS akan terus membawakan kepada anda makluman-makluman terkini tentang berita palsu yang tersebar di luar sana agar anda tidak diperdaya dan panik.

Editor Wartawan Rakyat Melaka