Ziarah kasih PAS sekitar Dun Bemban

Oleh : Abu Fadhil JASIN, 13 Dis : PAS Kawasan Jasin bersama Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Bemban telah turun padang dalam satu program ziarah kasih di sekitar Dun ini di sini, kelmarin. Dalam lawatan ini PAS telah menghulurkan bantuan barangan keperluan asas kepada asnaf melibatkan sebanyak lima buah rumah di beberapa lokasi dalam Dun Bemban iaitu Ayer Kangkong, Pondok...

Koperasi Ummah KSB Berhad anjur uptown bantu peniaga-peniaga kecil bumiputera.

  Oleh : Zul Sham Mahat MASJID TANAH, 13 Dis : Koperasi Ummah KSB Berhad telah menjalankan perniagaan secara 'uptown' di perkarangan Kompleks Japerun DUN Kuala Linggi bermula pada 11 dan 12 Disember baru-baru ini. Adun Kuala Linggi, YB Datuk Wira AR Ismail dalam ucapan perasmiannya menyebut antara tujuan utama koperasi ini ditubuhkan adalah untuk membantu peniaga kecil setempat menjalankan perniagaan dan...

Tayangan skrin besar Ijtimak Tarbawi di Markas Cawangan

11 Disember 2020. Rompin :: Berikutan pandemik yang menular ketika ini, kaedah tayangan skrin bagi program Ijtimak Tarbawi diadakan di setiap cawangan PAS Kawasan Rompin. Program tersebut yang diadakan secara bulanan tidak lagi dapat diadakan secara pertemuan, namun pihak penganjur mencadangkan tayangan skrin besar dapat diadakan. Usaha ini memantapkan lagi program tarbiah untuk setiap ahli agar tidak hanya berdiam diri di rumah...

Pemuda PAS Kedah buat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, P Ramasamy

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah kesal dengan kenyataan jelik dan menghasut oleh beberapa individu mengenai isu perobohan kuil haram oleh pihak penguatkuasa. Tulisan yang berbaur perkauman dan bersifat menghasut dan menghina oleh penulis B Nantha Kumar yang diterbitkan pada 10 Dec 2020, 1:03 pm boleh dicapai melalui link berikut:-

Nak bergambar dengan YB Mas Ermieyati!

Oleh : Ibnu Janie MASJID TANAH, 12 Dec : Pelajar-pelajar dan ibu bapa yang anak mereka menerima anugerah sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar UPKK 2019 hari ini tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama dengan wakil rakyat kesayangan mereka, Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin seusai majlis itu pagi tadi. Majlis yang diadakan bagi meraikan 203 orang...

Adam Darwish pelajar terbaik UPKK 2019 Parlimen Masjid Tanah

Oleh : Ibnu Janie MASJID TANAH, 12 Dec : Adik Adam Darwish Abdullah telah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik perperiksaan UPKK Sekolah Rendah Agama (JAIM) tahun 2019 bagi seluruh Parlimen Masjid Tanah. Adik Adam menerima penghargaan ini di dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar UPKK tahun 2019 anjuran Pusat Khidmat Parlimen Masjid Tanah yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Masjid Tanah di sini...

Pemuda PAS Kedah ziarah abang Bob Lokman

POKOK SENA - Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah bersama Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi telah menziarahi Saudara Lokman atau lebih dikenali sebagai 'Bob Lokman' di rumahnya. Ziarah tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Pokok Sena, Ustaz Wan Amin, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Muhamad Mat...

Golongan asnaf Durian Tunggal disantuni

Oleh : Ibnu Thabit ALOR GAJAH, 11 Dis : Seramai 11 keluarga diraikan dalam Program Kebajikan Masyarakat anjuran Parlimen Alor Gajah dengan kerjasama Jabatan Pilihan Raya Dun (JPRD) PAS Durian Tunggal dan Parti Bersatu petang kelmarin. Ziarah dijalankan di sekitar Kampung Belimbing Dalam yang diketuai oleh wakil Parti Bersatu dan juga Pengarah JPrD Durian Tunggal, Azman Ahmat. Program ziarah bertujuan bagi memperkenalkan Perikatan...

Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Yang Ke-75

Kenyataan Media Parti Islam Se-Malaysia Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Yang Ke-75 Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-75 DYMM Sultan Selangor. Dipanjatkan doa semoga Allah SWT memimpin Tuanku Sultan dengan taufik dan hidayahNya, dilanjutkan usia serta...

Pengurusan Organisasi

Nota Hamba " Dalam menguruskan organisasi, satu perkara yang perlu diamalkan oleh pemimpin adalah fungsi-fungsi elemen pengurusan iaitu merancang, mengatur, memimpin dan mengawal." Khairul Faizi Ahmad Kamil Penolong Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS)