Home Berita PAS Pahang

Tayangan skrin besar Ijtimak Tarbawi di Markas Cawangan

620
SHARE

11 Disember 2020.

Rompin :: Berikutan pandemik yang menular ketika ini, kaedah tayangan skrin bagi program Ijtimak Tarbawi diadakan di setiap cawangan PAS Kawasan Rompin.

Program tersebut yang diadakan secara bulanan tidak lagi dapat diadakan secara pertemuan, namun pihak penganjur mencadangkan tayangan skrin besar dapat diadakan.

Usaha ini memantapkan lagi program tarbiah untuk setiap ahli agar tidak hanya berdiam diri di rumah tanpa apa-apa aktiviti parti.

Namun begitu pematuhan SOP amat dititik beratkan apabila soalan diajukan kepada Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Ustaz Suhaimi B Hj Ahmad.

Tetamu jemputan bagi Ijtimak Tarbawi bulan ini, Ustaz Idris B Ahmad yang juga selaku Naib Presiden PAS telah dijemput sebagai Penyampai.

Harapan penganjur agar program sebegini dan juga aktiviti parti dapat diadakan walaupun halangan yang ada ketika ini agar ahli- ahli PAS sentiasa mendapat maklumat yang sahih dari parti.

Penulis- Syed Razman B Syed Mohamed.