Home Berita PAS Melaka

Golongan asnaf Durian Tunggal disantuni

448
SHARE

Oleh : Ibnu Thabit

ALOR GAJAH, 11 Dis : Seramai 11 keluarga diraikan dalam Program Kebajikan Masyarakat anjuran Parlimen Alor Gajah dengan kerjasama Jabatan Pilihan Raya Dun (JPRD) PAS Durian Tunggal dan Parti Bersatu petang kelmarin.

Ziarah dijalankan di sekitar Kampung Belimbing Dalam yang diketuai oleh wakil Parti Bersatu dan juga Pengarah JPrD Durian Tunggal, Azman Ahmat.

Program ziarah bertujuan bagi memperkenalkan Perikatan Nasional (PN) di mata masyarakat setempat selain menyampaikan sumbangan daripada Ahli Parlimen Alor Gajah yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Wan.

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin kepada penerima-penerima yang sangat memerlukan tanpa mengira bendera parti.

Rata-rata para penerima yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada pengelola program dan dengan sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka.