Home Berita PAS Kedah

Pemuda PAS Kedah ziarah abang Bob Lokman

560
SHARE

POKOK SENA – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah bersama Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi telah menziarahi Saudara Lokman atau lebih dikenali sebagai ‘Bob Lokman’ di rumahnya.

Ziarah tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Pokok Sena, Ustaz Wan Amin, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Muhamad Mat Yakim dan bersama seluruh Ahli Jawatan Kuasa.

Melihat keadaan bob Lokman yang bertambah sihat selepas menjalani pembedahan jantung di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star itu menjadikan kami sangat gembira.

“Semoga Abang Bob Lokman semakin sihat, terus kuat untuk Ummah”, ujar Ketua Pemuda DPPNK, Ustaz Nurul Amin Hamid.