Home Berita PAS Pusat

Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Yang Ke-75

878
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia

Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Yang Ke-75

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-75 DYMM Sultan Selangor.

Dipanjatkan doa semoga Allah SWT memimpin Tuanku Sultan dengan taufik dan hidayahNya, dilanjutkan usia serta senantiasa dalam keadaan sihat walafiat untuk mentadbir dan menjadi lambang kedaulatan Islam dan perpaduan masyarakat majmuk bagi negeri Selangor.

‘Dirgahayu Tuanku’

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
11 Disember 2020 | 25 Rabiul Akhir 1442