Covid-19 Melaka : 6 lagi kes positif baharu

Oleh : Ibnu Janie MASJID TANAH, 11 Nov : Enam lagi kes positif baharu Covid-19 dikesan di Melaka hari ini semuanya berlaku di Mukim Batu Berendam, Daerah Melaka Tengah seperti dilaporkan laman Telegram rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sebentar tadi. Menurut laporan itu kes tersebut adalah kes jangkitan tempatan daripada saringan kontak rapat berumur 49, 45, 44, 33, 28 dan 23...

Aduan rakyat : Lintasan zebra depan Masjid Aminin Sungai Tuang siap dibina

Oleh : Zul Sham Mahat MASJID TANAH, 11 Nov : Penduduk kampung Sungai Tuang hari ini melahirkan rasa syukur apabila lintasan zebra untuk pejalan kaki di hadapan Masjid Aminin telah siap dibina oleh pihak Jabatan Kerja Raya pagi tadi. Selain di hadapan masjid ini, turut dibina ialah lintasan zebra di hadapan Sekolah Agama JAIM berhampiran untuk kegunaan murid-murid melintas jalan. Mantan Sidang...

Sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V

Kenyataan Media Parti Islam Se-Malaysia Sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merafakkan sembah setinggi-tinggi tahniah sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang ke-51 Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Muhammad V, pada 11 November 2020 bersamaan 25 Rabiul Awwal 1442 Dipanjatkan doa kepada Allah SWT kesejahteraan, dilanjutkan usia dan senantiasa dalam keadaan sihat walafiat ke atas...

PAS bantu semua kaum – Ustaz Imran

Oleh : Ibnu Janie MASJID TANAH, 11 Nov : PAS tetap membantu semua kaum sesuai dengan prinsip dan slogan PAS For All yang dipegang PAS selama ini, kata Yang Dipertua PAS Kawasan Mssjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman. Menurut Ustaz Imran, Islam sendiri menyuruh agar umat Islam sentiasa membantu sesama manusia tidak kira apa agama atau bangsa mereka. "Kerana itu kita di...

Ikhlas Kerana Allah

  " Sukar untuk ikhlas, tetapi ia boleh dipupuk dan kita sendiri mesti mendidik jiwa untuk memperbaharui niat agar sentiasa lurus kerana Allah. Semoga setiap amalan, pengorbanan, susah payah dan kerja buat kita selama ini tidak menjadi seperti debu-debu berterbangan. " YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh Ketua Dewan Muslimat PAS Ahli Dewan Negara

Rencana : Peluang dan cabaran parti-parti Melayu membentuk kerajaan selepas PRU15

Oleh : Ibnu Janie KITA tidak perlu kepada seorang penganalisis politik untuk menerangkan teori yang mengatakan bahawa apabila digabungkan undi yang diperolehi PAS dan Umno pada PRU14 boleh mengalahkan PH dalam PRU15. Teori ini sudah pun hadam bukan sahaja di kalangan orang PAS dan Umno, malah juga di kalangan seluruh masyarakat Malaysia. Itu belum lagi ditambah dengan undi daripada mereka yang...

Kalam murabbi : Amal Islami

Maksud amal Islami AMAL Islami bermaksud kerja yang dilakukan untuk Islam. Amal adalah satu bahagian yang penting selepas ilmu/iman. Amal tonggak Islam disebut sebagai rukun Islam. Adapun amal Islami tidak hanya terbatas sekadar lima rukun tersebut bahkan lebih luas daripada itu. Imam Syafie ada menyatakan "Orang berilmu yang sebenar hanyalah mereka yang beramal dengan ilmunya". Firman Allah SWT di dalam Surah At-Taubah...

Coretan Kak Wirda : Anak bergantung aset ibu bapa

Oleh : Wirdawati Nazwir Alhamdulillah. Assalamualaikum. IBU bapa dah mula risau bila anak-anak bujang terutamanya lelaki dah mula berfikir nak berharap dan bergantung hidup daripada aset harta dan pendapatan ibu bapa. Mana tidaknya... Mak ayah pandai berjimat. Yang bekerja kerajaan, ada pencen. Yang bekerja swasta, ada PERKESO. Yang bekerja sendiri dengan menjaja tepi jalan, berjalan runcit, bercucuk tanam dan berjualan, mereka pandai berdikit-berdikit mengumpul...

Pena Kaunselor – Berfikir dan bersyukurlah

Oleh : Abu Harith FIRMAN Allah SWT, maksudnya. “Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahan-Nya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (Mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur”. -Surah Luqman, Ayat 31 Fikiran merupakan satu anugerah yang cukup besar kurniaan daripada Allah SWT...

Agenda Pemetaan Semula Asia Barat Menjayakan Visi Israel Raya | Bacalah Wahai Teman (31)

BACALAH WAHAI TEMAN (31) Rabu, 4 November 2020 AGENDA PEMETAAN SEMULA ASIA BARAT MENJAYAKAN VISI ISRAEL RAYA Pada 26 Oktober lalu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu secara terbuka telah mengisytiharkan bahawa mereka dalam proses melakar semula peta Asia Barat. Pengisytiharan tersebut adalah sempena kejayaan Israel memeterai tiga perjanjian damai dalam tempoh tiga minggu dengan tiga negara Islam, iaitu UAE, Bahrain dan Sudan. Menurut...