Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 6 lagi kes positif baharu

707
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 11 Nov : Enam lagi kes positif baharu Covid-19 dikesan di Melaka hari ini semuanya berlaku di Mukim Batu Berendam, Daerah Melaka Tengah seperti dilaporkan laman Telegram rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sebentar tadi.

Menurut laporan itu kes tersebut adalah kes jangkitan tempatan daripada saringan kontak rapat berumur 49, 45, 44, 33, 28 dan 23 tahun, semuanya dikategorikan di bawah Kluster Berendam.

Tambah laporan itu lagi sebanyak 26 kes positif masih dirawat di Hospital Melaka dan tiada kes sembuh baharu dilaporkan hari ini.

Tujuh mukim dikategorikan sebagai Zon Kuning iaitu Mukim Ayer Molek, Cheng, Tanjung Minyak, Batu Berendam, Durian Tunggal, Klemak dan Chohong.

Sebanyak 822 kes dilaporkan di seluruh negara hari ini dengan Sabah masih merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 259 kes.

Semua negeri merekodkan kes baharu hari ini kecuali Pahang dan Terengganu.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)