Tawakal Kepada Allah S.W.T
Nota Hamba " Setelah membuat keputusan dalam hidup, tawakal kepada Allah SWT. Laksana keputusan bersungguh-sungguh. Mohon pertolongan daripada Allah SWT. Keputusan yang berat akan menjadi ringan dengan bantuan Allah SWT." YB Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS Menteri Alam Sekitar dan Air
Pertemuan Harian Dewan Muslimat bersama Presiden PAS
Semalam telah berlangsung pertemuan antara Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Malaysia bersama Tuan Guru Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang pada jam 3:30 petang. Dewan Muslimat PAS Malaysia amat menghargai kesudian Tuan Guru Presiden untuk menjengah ke pejabat Dewan di tingkat 3 Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut. Suasana ini memperlihatkan keprihatinan Tuan Guru Presiden terhadap...
Tiada kebaikan pada arak, mengapa perlu didukung? – Pemuda PAS Negeri Sembilan
Tiada kebaikan pada arak, mengapa perlu didukung? SEJAK dahulu, meminum arak menjadi amal kebiasaan pada masyarakat jahiliyah. Hatta ke saat ini, ia menjadi suatu tarikan minuman yang digilai sebahagian golongan manusia. Tahukah anda arak merupakan antara pembunuh utama di dunia? Kajian WHO mendapati, arak adalah sejenis minuman yang tidak mendatangkan kebaikan untuk kesihatan. Mengikut data yang dikeluarkan oleh WHO, sebanyak 3 juta kematian...
Hari ini dalam sejarah : Rundingan pertelingkahan sempadan antara Selangor dan Sungai Ujong
24 NOVEMBER 1863 PADA hari ini dalam tahun 1863, Raja Abdullah dan Dato' Kelana Sending telah berunding mengenai pertelingkahan sempadan negeri Selangor dan Sungai Ujong. Turut hadir dalam perundingan itu ialah Residen Melaka, Kaptain Playfair, yang bersahabat baik dengan Dato' Kelana Sending. Masalah sempadan di antara negeri Selangor dengan Sungai Ujong berpunca bila orang-orang Bugis mulai bertapak dan berpengaruh di Selangor di...
Covid-19 Melaka : Dua kes positif baharu di Masjid Tanah
Oleh : Ibnu Janie MASJID TANAH, 24 Nov : Dua kes baharu Covid-19 dikesan di Mukim Masjid Tanah Daerah Alor Gajah hari ini seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Melaka di laman Telegram rasmi jabatan itu sebentar tadi. Menurut laporan itu kedua-dua kes yang dikesan di Masjid Tanah itu adalah daripada kategori jangkitan tempatan saringan kontak rapat berumur 14 dan 60...
Jagalah Keluarga Kita
Nota Hamba " Jagalah keluarga dengan sentiasa menghargai dan bertolak ansur sesama kita. Tanyalah khabar mereka yang mungkin memerlukan bantuan akibat kehilangan punca pendapatan atau masalah-masalah lain, seterusnya bantulah mereka dengan kadar kemampuan yang kita ada. " YB Dato ' Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff Timb Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Pesakit buah pinggang dibantu PAS Kawasan Masjid Tanah
Oleh : Zul Sham Mahat MASJID TANAH, Nov 24 : Naib Yang Dipertua (NYDP) PAS Kaw Masjid Tanah, Cikgu Arshad Md Som telah menziarahi seorang pesakit buah pinggang, Azhar Alias di kediamannya di Kampung Paya Lebar, Ramuan Cina Besar, di sini, kelmarin. Menurut Azhar buat masa ini isteri beliau terpaksa menggalas tanggungjawab mencari rezeki bagi menanggung kehidupan sekeluarga kerana situasi yang...
Jasa Wira Negara Mempertahankan Tanah Air
Kenyataan Media Parti Islam Se-Malaysia (PAS) JASA WIRA NEGARA MEMPERTAHANKAN TANAH AIR Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang Koperal Baharuddin Ramli iaitu anggota Batalion 3 PGA Pasukan Gerakan Am (PGA) yang telah meninggal dunia akibat terkena tembakan semasa penugasan kawalan keselamatan Op Benteng di sempadan Malaysia – Thailand pagi tadi. Pemergian mendiang sebagai wira merupakan kehilangan yang besar buat...
Rencana : Turki era Recep Tayyib Erdogan, sosok meniti kisah yang panjang.
Oleh : Abu Hadif IZZAH kebijaksanaan seorang pemimpin. Setelah diangkat menjadi Presiden, tidak terus tergesa-gesa beliau mengembalikan segala apa jua warisan Uthmaniah yang ditukar pada era Attarturk; untuk dikembalikan kepada milik ummah. Pilihan raya demi pilihan raya, langkah demi langkah disusuni. Beliau mengambil hati rakyatnya dengan empati pada isu kebajikan. Berhati-hati beliau menyusun strategi menghadapi kesukaran cengkaman ideologi sekular yg menjadi...
Hari ini dalam sejarah : Perasmian Masjid Selat Melaka
24 NOVEMBER 2006 PADA hari ini dalam tahun 2006, Masjid Selat Melaka telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Masjid ini dibina di atas permukaan laut di dalam kawasan pulau buatan yang diberi nama Pulau Melaka. Senibina masjid yang turut dikenali sebagai Masjid Terapung ini berkonsepkan Islam Moden yang...