Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Pertemuan Harian Dewan Muslimat bersama Presiden PAS

346
SHARE

Semalam telah berlangsung pertemuan antara Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Malaysia bersama Tuan Guru Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang pada jam 3:30 petang.

Dewan Muslimat PAS Malaysia amat menghargai kesudian Tuan Guru Presiden untuk menjengah ke pejabat Dewan di tingkat 3 Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut.

Suasana ini memperlihatkan keprihatinan Tuan Guru Presiden terhadap sayap kiri Parti iaitu Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Dalam pertemuan ini, banyak perkara yang dibincangkan dan semestinya bertujuan untuk mendengar pandangan dan pendapat Tuan Guru Presiden sendiri sebagai Pemimpin Parti dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti Dewan.

Dewan Muslimat PAS Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Presiden atas segala pandangan yang telah dikongsikan.

#IslamMemimpin
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#IslamMemimpinWanitaSejahtera

YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA
24 November 2020 bersamaan 8 Rabi’ulakhir 1442